awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilpres 2019: Jokowi dahului Prabowo dengan 9.6 juta undi

Bernama
Bernama
29/04/2019
07:28 MYT
Pilpres 2019: Jokowi dahului Prabowo dengan 9.6 juta undi
Sejak dari awal proses kiraan pantas, laporan menyebut Jokowi selesa mendahului pesaingnya, Prabowo dalam Pilpres 2019 yang berlangsung pada 17 April lalu. - Gambar fail
Presiden Joko Widodo yang mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019, selesa mendahului lawannya Prabowo Subianto dengan kelebihan 9.6 juta undi, selepas proses pengiraan undi kini mencapai 50.5 peratus.
Pemerhati politik melihat kelebihan peratusan undi yang diterima Jokowi setakat ini memudahkan beliau mempertahankan jawatan Presiden Indonesia untuk penggal 2019-2024.
Mengikut real count atau kiraan pantas menerusi laman web rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU), Jokowi dan pasangannya Ma'aruf Amin, 76, untuk jawatan naib presiden, memperoleh 56.24 peratus (43,436,826 undi) berbanding Prabowo, 67, dan pasangannya, Sandiaga Uno, 49 yang memperolehi 43.76 peratus (33,794,744 undi).
Peratusan itu berdasarkan pengiraan undi melibatkan 411,409 Tempat Pemungutan Suara (TPS) atau pusat pengundian, daripada keseluruhan 813,350 TPS.
Pada 17 April lepas, sebanyak 77.5 peratus daripada 192,828,520 pengundi yang layak, mengundi pada Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu 2019). Proses pengiraan undi Pemilu 2019 dijangka selesai 22 Mei. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jokowi
#Pemilihan Umum
#Pemilu
#Pilpres 2019
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan