awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinda akta untuk sekat laman blog fitnah institusi kepimpinan negara

Bernama
Bernama
20/01/2016
15:21 MYT
Pinda akta untuk sekat laman blog fitnah institusi kepimpinan negara
SALLEH: Sarawak Report terbukti asyik menyebar fitnah sahaja di mana tidak ada asas sama sekali apa yang dilaporkan.
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang dijangka dibentang di Parlimen Mac ini, akan menyelaras penguatkuasaan dalam menyekat laman blog yang memfitnah institusi kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata turut disekat ialah artikel dan catatan dalam laman sosial yang menggugat ketenteraman dan kestabilan negara serta melanggar Akta Hasutan yang diviralkan menerusi media sosial.
"Diharapkan sebaik saja dapat kelulusan daripada Peguam Negara dan kemuka kepada Kabinet, kalau ada kesempatan (pindaan) akan dibentang dalam Mac," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia 2016 di sini hari ini.
Salleh berkata pindaan tersebut akan memperjelas kuasa kerajaan dalam menguatkuasakan pelbagai akta bagi mengawal penyalahgunaan media sosial.
Ditanya mengenai blog Sarawak Report, beliau berkata walaupun laman blog berkenaan telah disekat namun pengendali laman blog berkenaan menggunakan wadah lain.
Beliau berkata pindaan yang bakal dilaksanakan membolehkan kerajaan menyekat wadah berkenaan.
"Sarawak Report terbukti asyik menyebar fitnah sahaja di mana tidak ada asas sama sekali apa yang dilaporkan. Jika tidak berbuat demikian (disekat) akhirnya rakyat juga akan terkeliru dengan benda-benda yang tidak ada asas sama sekali," katanya.
Salleh berkata mesyuarat pertama jawatankuasa menangani penyalahgunaan media sosial yang beliau pengerusikan pada Selasa turut bersetuju untuk menyelaras tindakan penguatkuasaan dengan merujuk kepada 10 akta selain bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), diterajui polis.
Topic Berkaitan
#blog
#fitnah
#institusi kepimpinan negara
#laman sosial
#Salleh Said Keruak
#sekat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan