Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Pindaan Akta 800: Elaun bekerja semula naik kepada 50 peratus, fi latihan RM7,000

Datuk Asri Ab Rahman berkata penambahbaikan itu bertujuan menggalakkan individu yang kehilangan pekerjaan menerima tawaran kerja baharu lebih awal, tanpa perlu menunggu sehingga tempoh maksimum bayaran EMP tamat. -Foto Astro AWANI
Datuk Asri Ab Rahman berkata penambahbaikan itu bertujuan menggalakkan individu yang kehilangan pekerjaan menerima tawaran kerja baharu lebih awal, tanpa perlu menunggu sehingga tempoh maksimum bayaran EMP tamat. -Foto Astro AWANI

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 berkuat kuasa 1 Oktober 2026 meningkatkan manfaat pencarum PERKESO, termasuk kenaikan Elaun Bekerja Semula Awal kepada 50 peratus.
  • Fi Latihan dinaikkan kepada maksimum RM7,000 dan Elaun Latihan ditetapkan RM30 sehari, membantu pencarum meningkatkan kemahiran mengikut keperluan pasaran pekerjaan.
  • Elaun Bantuan Mobiliti RM1,000 diperkenalkan untuk pencarum yang menerima pekerjaan baharu sekurang-kurangnya 100 kilometer dari kediaman, tertakluk syarat kelayakan.

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang berkuat kuasa 1 Oktober 2026 memperkukuh manfaat kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), termasuk peningkatan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) daripada 25 kepada 50 peratus daripada baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, Datuk Asri Ab Rahman berkata penambahbaikan itu bertujuan menggalakkan individu yang kehilangan pekerjaan menerima tawaran kerja baharu lebih awal, tanpa perlu menunggu sehingga tempoh maksimum bayaran EMP tamat.

Beliau berkata bagi contoh pencarum bergaji RM2,500 yang layak menerima EMP selama enam bulan, jumlah EBSA meningkat daripada RM1,653.75 sebelum pindaan kepada RM3,307.50 selepas pindaan, iaitu peningkatan dua kali ganda berdasarkan contoh kelayakan berkenaan.

“Dengan kadar baharu, kita membayar 50 peratus,” katanya ketika ditemu bual dalam Agenda AWANI.

Selain itu, pindaan Akta 800 meningkatkan Fi Latihan daripada RM4,000 kepada sehingga RM7,000, manakala Elaun Latihan ditetapkan pada kadar RM30 sehari berbanding RM10 hingga RM20 sebelum ini.

Menurut Asri, penambahbaikan itu penting bagi membolehkan pekerja yang kehilangan pekerjaan meningkatkan kemahiran sedia ada atau menjalani latihan semula agar lebih sepadan dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Beliau turut menyentuh cabaran yang dihadapi pekerja berusia 40 tahun ke atas untuk kembali ke pasaran pekerjaan selepas kehilangan pekerjaan, termasuk keperluan latihan bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran dan menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan baharu.

Latihan akan memberi tumpuan kepada bidang yang mempunyai permintaan dan potensi pertumbuhan, termasuk kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Bagi memastikan latihan bersesuaian dengan keperluan pasaran, pencarum boleh mendapatkan bimbingan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan MYFutureJobs yang membantu mengenal pasti kemahiran, pengalaman, minat dan jurang kemahiran sebelum mencadangkan laluan kerjaya serta latihan yang bersesuaian.

Pindaan itu turut memperkenalkan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) sebanyak RM1,000 secara sekali bayar bagi pencarum yang memenuhi syarat dan menerima pekerjaan baharu yang terletak sekurang-kurangnya 100 kilometer dari kediaman mereka dalam Malaysia.

Antara syarat kelayakannya termasuk kehilangan pekerjaan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2026, selain mengemukakan surat tawaran atau kontrak pekerjaan baharu serta pengesahan majikan mengenai penempatan tersebut.

Permohonan boleh dibuat melalui portal LINDUNG Kerjaya PERKESO di https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my, tertakluk kepada syarat dan semakan kelayakan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Asri berkata SIP telah membantu lebih 460,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan sejak diperkenalkan.

Setakat September 2026, sebanyak 71,484 kehilangan pekerjaan direkodkan, meningkat 34.9 peratus berbanding 52,981 bagi tempoh sama pada 2025.

Beliau berkata melalui MYFutureJobs, PERKESO turut membantu pencarum mendapatkan padanan pekerjaan dan penempatan yang bersesuaian, selain menyediakan sokongan latihan bagi memendekkan tempoh menganggur.

Menurutnya, kejayaan pindaan Akta 800 bukan hanya diukur berdasarkan jumlah faedah yang dibayar, tetapi juga tempoh yang diambil pencarum untuk kembali bekerja, kesesuaian pekerjaan dengan kemahiran mereka serta keupayaan untuk kekal dalam pekerjaan berkenaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah pindaan utama Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) yang berkuat kuasa 1 Oktober 2026? 
    A: Pindaan utama termasuk peningkatan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) daripada 25 kepada 50 peratus baki Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), peningkatan Fi Latihan daripada RM4,000 kepada sehingga RM7,000, Elaun Latihan RM30 sehari, dan pengenalan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) RM1,000 sekali bayar.
  • Q: Bagaimana pindaan ini memberi manfaat kepada pencarum PERKESO yang kehilangan pekerjaan? 
    A: Pindaan ini menggalakkan pencarum menerima tawaran kerja baharu lebih awal, meningkatkan jumlah EBSA, menyediakan bantuan latihan kemahiran, serta memberi elaun mobiliti untuk pekerjaan baharu yang jauh dari kediaman.
  • Q: Apakah syarat kelayakan untuk menerima Elaun Bantuan Mobiliti (EBM)? 
    A: Syarat kelayakan termasuk kehilangan pekerjaan mulai 1 Oktober 2026, menerima tawaran pekerjaan baharu sekurang-kurangnya 100 kilometer dari kediaman, serta mengemukakan surat tawaran atau kontrak pekerjaan dan pengesahan majikan.
  • Q: Bagaimana pencarum boleh memohon bantuan di bawah pindaan Akta 800? 
    A: Permohonan boleh dibuat melalui portal LINDUNG Kerjaya PERKESO di https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my, tertakluk kepada syarat dan semakan kelayakan yang ditetapkan.
  • Q: Apakah statistik kehilangan pekerjaan yang direkodkan oleh SIP PERKESO setakat September 2026? 
    A: Setakat September 2026, sebanyak 71,484 kehilangan pekerjaan direkodkan, meningkat 34.9 peratus berbanding 52,981 bagi tempoh sama pada 2025.

Product Recommendation Section Title

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Must Watch Video

Advertisement