awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum Pusat Kennedy hentikan operasi hiburan selama dua tahun
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibentang di Dewan Rakyat Mac ini

Bernama
Bernama
22/02/2016
00:00 MYT
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dibentang di Dewan Rakyat Mac ini
Jailani berkata, pindaan itu yang bertujuan menambah baik akta berkenaan, merangkumi beberapa perkara termasuk yang berkaitan hukuman dan penalti.
Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat, yang bermula 7 Mac depan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata pindaan itu yang bertujuan menambah baik akta berkenaan, merangkumi beberapa perkara termasuk yang berkaitan hukuman dan penalti.
"Sekarang kalau kita lihat kadar hukuman hanya diletakkan dalam RM50,000 mungkin selepas ini kita tingkatkan sehingga RM500,000 atau lebih.
"Selain penalti, beberapa perkara lain juga turut disentuh terutamanya yang melibatkan pembangunan industri dan komunikasi multimedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Perdana Zafran di sini, malam semalam.
Hadir sama Pengerusi Dewan Perdana Zafran, Datuk A. Kohilan Pillay.
Jailani berkata kajian mengenai pindaan akta berkenaan dibuat sejak Mac tahun lepas, melibatkan perbincangan dengan lebih 350 pemegang kepentingan termasuk pemain industri seperti Google dan Yahoo.
Topic Berkaitan
#Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
#Dewan Rakyat
#Jailani Johari
#pindaan akta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan