awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindah babi tanpa kebenaran, pemandu lori didenda

Bernama
Bernama
13/04/2021
15:01 MYT
Pindah babi tanpa kebenaran, pemandu lori didenda
Tertuduh boleh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah memindahkan tiga ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Majistret Nurul Huda Idris turut memerintahkan Oon Keng Hock, 28, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Keng Hock didakwa memindahkan tiga ekor babi hidup di hadapan pagar sebuah rumah di Tasek Gelugor menggunakan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 11.58 pagi, 8 Disember 2020.
Pertuduhan mengikut Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan (Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003 perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Negeri Roziman Awang Tahrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
- Bernama
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#pindah babi tanpa kebenaran
#Babi
#didenda
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan