awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/04/2017
05:01 MYT
Pindah kementerian jika terlibat rasuah - Hishammuddin
Hishammuddin juga mahu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti penglibatan beliau dalam rasuah di kementerian tersebut. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Warga Kementerian Pertahanan yang didapati bersalah melakukan rasuah akan diarah tukar kementerian.
Perkara itu ditegaskan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahu integriti tertinggi diamalkan seluruh warga kementeriannya.
"Cuma panglima-panglima, pegawai-pegawai kanan, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha ini semua kalau melakukan rasuah, boleh pindah ke kementerian lain.
"Saya hendak nyatakan di sini kerana ia merupakan satu penghormatan tuan-tuan dan puan-puan untuk memimpin, berada di kementerian ini," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di Dewan Perkasa Wisma Perwira, di sini hari ini.
Malah, beliau juga mahu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti penglibatan beliau dalam rasuah di kementerian tersebut.
"Saya sendiri, kalau sekiranya ada perkara-perkara yang saya buat oleh pegawai-pegawai saya, kalau ada bukti-bukti berhubung kait dengan saya sendiri, laporkan kepada SPRM.
"Saya sendiri sanggup berdepan apa sahaja kalau ada bukti untuk diri saya sendiri kerana kedudukan saya ini bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin, tetapi sebagai Menteri Pertahanan untuk menjaga pertahanan dan keselamatan negara kita," katanya.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM.
Mengetuai bacaan ikrar bebas rasuah Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Mohamad Radzi
#Hishammuddin Hussein
#integriti
#keselamatan
#Malaysia
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan