GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang akan terus melaksanakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Komtar-Bayan Lepas walaupun pemohonan bagi mendapatkan pinjaman serta jaminan berjumlah RM2 bilion ditolak oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek berkenaan amat penting terhadap pembangunan ekonomi negeri ini dan kerajaan negeri tidak akan berputus asa.
"Kerajaan negeri bakal meneruskan usaha melaksanakan projek LRT berkaitan kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang umumnya mempunyai beberapa opsyen kewangan lain bagi membiayai projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP)," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus menyuntik keyakinan kerajaan Persekutuan untuk memberi keutamaan terhadap pembiayaan projek LRT berkenaan serta memberi layanan setimpal kepada Pulau Pinang, mengambil kira negeri itu sebagai juara pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan bukan hanya rakyat negeri itu malahan juga negeri lain di utara Semenanjung Malaysia.
Chow berkata beliau turut berkongsi dan menyampaikan perkara sama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sesi perbincangan berhubung peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada negeri Pulau Pinang pada Khamis lepas di ibu negara.
"Malah, perkara serta pendirian sama turut dinyatakan kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menghadiri sesi dialog Konsultasi Belanjawan 2021: Pulau Pinang anjuran Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) pada 8 Ogos 2020 dan Sesi Libat Urus PenyediaanRMK-12 bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, pada 2 Ogos 2019 di Pulau Pinang ," katanya.
Menurut Chow, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi surat pada 1 Okt 2019 kepada beliau menyatakan bahawa bon-bon oleh kerajaan negeri berhubung projek berkaitan akan dijamin oleh kerajaan Persekutuan.
PTMP adalah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.
Projek LRT tersebut meliputi 29.9 kilometer laluan rel dengan 27 stesen dari Komtar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan tiga lagi kawasan membabitkan pulau-pulau tebus guna di selatan Pulau Pinang dengan anggaran kos sebanyak RM8 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020
Kon Yeow berkata projek berkenaan amat penting terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang. - Astro AWANI
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Pasangan kekasih dalang curi kabel antara lima ditahan
Pasangan itu ditahan di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah manakala tiga yang lain ditahan di sekitar kawasan sama.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
Kontena hempap kereta: Ibu mahukan keadilan buat mangsa
Ibu pemandu wanita yang maut selepas keretanya dihempap kontena terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Bukit Tengah mahu pihak bertanggungjawab dalam nahas itu dikenakan tindakan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Polis sahkan cinta tak berbalas punca dua beranak dibunuh
Polis mengesahkan cinta tidak berbalas menjadi punca seorang wanita dan bapanya maut dibunuh seorang lelaki di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam Khamis lepas.
Juruukur tanah didakwa cuba bunuh dua polis
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Printhero pertimbang guna pelampung stabilkan muzium feri terapung - SPPP
Syarikat itu akan menjalankan kerja-kerja mengenal pasti dan menampal kebocoran sebelum feri berkenaan dibawa ke lokasi akhir.