Penantian hampir sedekad bagi pengguna Jalan Bandar Rawang yang merupakan jalan utama ke ibu kota akan berakhir pukul 12 tengah malam ini apabila laluan Pintasan Bandar Baru Rawang dibuka kepada awam.
Pintasan itu terletak di Jalan Pintas Bandar Rawang berhampiran pusat bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Chua Wei Kiat berkata pembukaan pintasan yang telah siap dibina sekitar 2010 itu dijangka membantu mengurangkan kesesakan di pusat bandar yang menjadi rungutan mereka yang melalui kawasan itu.
"Selama ini Jalan Bandar Rawang hanya dibuka dari arah Kampung Datuk Lim Kim Sai manakala jalan menghala ke Kuala Lumpur ditutup atas isu teknikal seperti geografi tanah dan kedudukan pintu utama masjid berdekatan yang menimbulkan isu keselamatan.
"Pintasan ini dijangka membantu mengalihkan aliran trafik terutama kenderaan dari Bukit Rawang Jaya dan Hulu Selangor dengan pengguna jalan raya tidak lagi perlu masuk ke pusat bandar sebaliknya boleh terus menghala ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pintasan itu bersama Ahli Parlimen Selayang William Leong dekat sini, hari ini.
Beliau berkata isu teknikal yang menjadi halangan pembukaan pintasan itu diselesaikan menerusi beberapa sesi perbincangan dengan pelbagai pihak antaranya menukar lokasi pintu masjid yang terletak berhampiran laluan itu.
Chua berkata pintasan sepanjang kira-kira satu kilometer yang dimajukan oleh Mahumas Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kerja Raya itu juga dijangka menjimatkan masa perjalanan sehingga 15 minit.
Selain memanfaatkan penduduk sekitar, pintasan itu juga bakal memudahkan pengguna dari arah Utara seperti di Perak, Hulu Selangor, Sungai Choh, Serendah dan Batang Kali.
Dalam perkembangan lain, Leong berharap projek naik taraf dan melebarkan Jalan FT3209 dari arah pusat bandar Rawang ke Batu Arang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di depan Tol PLUS Rawang dapat disegerakan.
"Kerajaan terdahulu secara prinsip telah meluluskan peruntukan projek itu namun selari dengan pertukaran kerajaan, status sama ada ia diteruskan atau tidak masih menjadi tanda tanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 04 2020

Pintasan itu terletak di Jalan Pintas Bandar Rawang berhampiran pusat bandar. -Bernama
Unjuran merosot, tarif meningkat: Apa ‘game plan’ Malaysia?
Malaysia berdepan cabaran ekonomi besar apabila unjuran pertumbuhan KDNK diturunkan oleh Bank Dunia dan IMF, manakala ketegangan perdagangan global terus memuncak. Dalam sesi ini, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas pelan tindakan konkrit Malaysia untuk kekal kompetitif di ASEAN, kesan kenaikan tarif Amerika Syarikat, serta keperluan reformasi ekonomi jangka sederhana dan panjang.
Prospek berhati-hati bagi minggu ini susulan pelabur tunggu respons terhadap tarif AS
Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 minggu ini. Pelabur menunggu respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif AS daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menyatakan minggu dagangan yang singkat dan penutupan Bursa Malaysia pada Khamis sempena Hari Pekerja mungkin menjejaskan kecairan pasaran dan mengehadkan momentum kenaikan.

Enggan hubungan ‘terapung’, Mr E mahu segera sunting Erra Fazira sebagai isteri
Erra mohon doa semua pihak agar urusan perkahwinannya kali ini dengan Mr E dipermudahkan.
Sidang Khas Parlimen jadi platform terangkan langkah kerajaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia juga membolehkan semua Ahli Parlimen membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya.

Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda ketika pulang dari surau
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak mengalami kecederaan.

Ingat kereta baharu, rupanya beli kereta sendiri yang pernah dicuri
Dia amat kecewa dengan kehilangan kereta kesayangannya dan bertekad untuk mendapatkan semula kereta model sama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [28 April 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. PM: TVET, STEM penting untuk Malaysia miliki daya tahan ekonomi domestik
2. tambahan Najib, Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan AG hari ini
3. Lebih 2,000 murid Tabika Perpaduan alami masalah bantut
1. PM: TVET, STEM penting untuk Malaysia miliki daya tahan ekonomi domestik
2. tambahan Najib, Mahkamah Persekutuan putuskan permohonan AG hari ini
3. Lebih 2,000 murid Tabika Perpaduan alami masalah bantut

Lelaki terjun tingkap hotel untuk akhiri pertengkaran dengan teman wanita
Insiden ini menyebabkan tingkap kaca hotel itu pecah, sebelum lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian.

Bunuh rakan gara-gara enggan bersalam
Suspek menyerang mangsa selepas berasa tersinggung apabila tangannya ditepis ketika ingin bersalaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza capai kemajuan - PM Qatar
Hamas sedia bebaskan semua baki tebusan sekiranya Israel setuju tamatkan perang, tetapi Israel enggan beri jaminan mengenai penamatan konflik.

Lelaki maut, seorang cedera kemalangan di Hulu Selangor
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa yang maut merupakan lelaki berusia 23 tahun yang memandu Proton Satria.

Pemandu lori maut dihempap lori tanah 10 tan di Antara Gapi
Mangsa baru sahaja selesai mengeluarkan muatan tanah daripada lori sebelum dihempap kenderaan berat tersebut yang tiba-tiba condong.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Bau busuk bawa kepada penemuan mayat wanita
Wanita tersebut dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi jantung, kanser, dan kencing manis.

Pembunuhan Nur Farah Kartini: Polis selesai ambil keterangan pekerja sebuah kebun ubi
Soal siasat polis mendapati, suspek telah pergi ke kebun itu dan beberapa lokasi lain sebelum kejadian.

Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.

'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.

PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Geng Ayoi tumpas, tiga lelaki ditahan
Ketiga-tiga suspek yang berumur 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi.