SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, ia bakal menyaksikan Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipelihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.
Melalui MoU itu, PKNS akan bertanggungjawab menerapkan sebahagian daripada Hutan Komuniti PKNS sebagai "living lab" bagi memajukan projek penyelidikan oleh pensyarah dan pelajar UiTM, selain membantu dari segi penempatan dan pengurusan peluang latihan industri untuk para pelajar UiTM memperoleh pendedahan dunia industri yang sebenar.
PKNS juga akan bersama-sama menganjurkan program perkongsian ilmu yang tertumpu kepada kelestarian, sifar karbon dan kemampanan alam sekitar.
UiTM pula akan menyediakan tenaga penyelidikan dan perundingan yang berkaitan dengan pengurusan bandar dan kemudahan, sosioekonomi bandar, pelancongan dan rekreasi serta bidang lain yang berkaitan, katanya.
"Tujuan menandatangani MOU ialah untuk mengkaji dan membuat satu kawasan seluar 85 ekar di kawasan Sierra Alam sebagai living lab di antara PKNS dan UiTM.
"Kawasan ini ialah green lung yang PKNS ada untuk penduduk Selangor khususnya penduduk Malaysia. Ia selari dengan sasaran 45 peratus pengurangan karbon menjelang tahun 2030," katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani MOU antara PKNS dan UiTM di ibu pejabat PKNS di sini pada Rabu.
Selain itu, UiTM juga akan membantu PKNS dalam pengurusan dan pembangunan lestari bagi kawasan Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam serta menyediakan latihan perkhidmatan untuk meningkatkan kemahiran warga kerja PKNS.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ) UiTM, Prof Dr Datin Suzana Sulaiman dalam pada itu berharap projek berkenaan akan memberikan manfaat kepada PKNS dan UiTM.
"Dari UiTM kami akan bekalkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan untuk bantu PKNS, harap lebih banyak penyelidikan dilaksankan, projek ini diharap berlanjutan dan beri manfaat kepada kedua-dua pihak,"
UiTM juga katanya, berbesar hati dengan kerjasama berkenaan dan pihaknya akan terus menyediakan kepakaran yang diperlukan PKNS bagi menjayakan projek berkenaan.
Astro Awani
Wed May 18 2022

UiTM akan membantu PKNS dalam pengurusan dan pembangunan lestari bagi kawasan Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam serta menyediakan latihan perkhidmatan untuk meningkatkan kemahiran warga kerja PKNS. - Astro AWANI

Wanita cedera tangan tersepit mesin tebu
Seorang peniaga mengalami kecederaan serius pada tangan kiri selepas tersepit mesin tebu di Kampung Sungai Itik, di sini pada Isnin.

Suspek bunuh pelajar perempuan tingkatan empat di Klang direman - Polis
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang remaja perempuan yang ditemukan maut di hadapan rumah dekat Kampung Idaman, Pandamaran semalam.

Kerajaan terus subsidi untuk stabil harga, elak inflasi tinggi
Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi melonjak.

Nahas | Tiga maut dalam rempuhan kereta api di California
Tiga terbunuh apabila kereta api amtrak merempuh sebuah kereta di California pada Ahad. Nahas dilaporkan berlaku jam satu tengah hari di Brentwood, kira-kira sejam pemanduan ke Tenggara San Francisco.

Gangguan Tenaga | Warga Jepun diminta menjimatkan penggunaan elektrik
Kerajaan Jepun menyeru warganya untuk menjimatkan pengunaan tenaga elektrik bagi berdepan kemungkinan berlaku kekurangan tenaga di negara itu. Amaran mengenai kemungkinan berlaku gangguan kuasa dikeluarkan pada Ahad oleh jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Pelancaran Roket | NASA lancar roket suborbital di Australia
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melancarkan sebuah roket suborbital dari dari Pusat Angkasa Arnhem di Wilayah Utara Asutralia awal pagi Isnin. Ia merupakan roket pertama dilancarkan di negara itu dalam tempoh 27 tahun.

Pelajar tingkatan empat disyaki ditekup bantal hingga mati oleh kekasih
Suspek membawa mangsa ke bilik rumahnya dan berlaku perselisihan faham sebelum suspek dipercayai telah menyebabkan kematian mangsa.

Pensyarah kanan didakwa salah guna dana projek penyelidikan, palsukan invois
Seorang pensyarah kanan didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan dana projek penyelidikan bernilai RM32,000 dan satu pertuduhan menggunakan invois palsu bernilai RM10,100, lima tahun lepas.

AWANI Ringkas: Prosiding bela diri Ahmad Zahid | Hakim tegur Guan Eng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.

Jiankun bentuk JV dengan MRSB bagi bangunkan semula flat PKNS di Kampung Bharu
JKI berkata kedua-dua pihak akan menggunakan sebuah syarikat dikenali sebagai Menara Rezeki Properties Sdn Bhd (MRPSB) sebagai syarikat JV untuk projek tersebut.

PKNS jangka catat keuntungan sehingga RM300 juta tahun ini - MB
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan mampu merekodkan peningkatan keuntungan sehingga RM300 juta pada tahun ini.

PKNS, UiTM meterai MoU bagi pelihara Hutan Komuniti Shah Alam
PKNS dan UiTM menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dimiliki PKNS.

Shahidan jamin penduduk Flat PKNS Sungai baru tidak berpindah dalam masa terdekat
Shahidan berkata proses rundingan antara pihak pemaju dan wakil penduduk masih berjalan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

PKNS kembalikan tradisi lebih 2 dekad, edar 4,000 bubur lambuk percuma
Agihan makanan itu adalah usaha sama di antara PKNS dan Koperasi PKNS Berhad.

PKNS lancar 12 projek pembangunan dengan GDV RM690 juta
Projek tersebut melibatkan 44% pembangunan komersial, 13% kediaman dan 43% campuran di atas tanah berkeluasan sejumlah 5.972 ekar.

PKNS lantik Mahmud Abbas Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Mahmud akan menggantikan Siti Zubaidah Abd Jabar yang telah bersara pada 10 Ogos lalu.

COVID-19: 30 kluster baharu dikesan termasuk 21 kategori tempat kerja
Sebanyak 30 kluster baharu dikesan di negara ini dengan 21 daripadanya merupakan kluster tempat kerja.

PKPD Mentari Court: 'Hanya salah faham' - Polis nafi dakwaan pindah pekerja kilang
Mohamad Fakhrudin berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada sebarang aktiviti seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Polis Selangor nafi video tular tidak patuh SOP di GM Klang, Kompleks PKNS
Polis Selangor hari ini menafikan video yang tular, memaparkan kegagalan pengunjung mematuhi SOP kononnya berlaku di Pusat Pemborong GM Klang (GM Klang) atau Kompleks PKNS Shah Alam.