awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas Prasarana beroperasi seperti biasa

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/01/2021
12:35 MYT
PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas Prasarana beroperasi seperti biasa
Samua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana beroperasi seperti biasa ketika PKP. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula Rabu.
Prasarana dalam satu kenyataan berkata, ini termasuk perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang; Rapid Kamunting di Taiping, Perak dan Rapid Kuantan di Pahang.
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel pula beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara 2.8 hingga tujuh minit bergantung kepada pada waktu puncaknya.
"Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan kelaziman baharu ketika menggunakan pengangkutan awam.
"Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Para pengguna Rapid KL katanya, digalakkan menggunakan aplikasi kesihatan Pulse untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas. Aplikasi ini boleh dimuat-turun di Google Play dan Apple Store.
Topic Berkaitan
#MRT
#LRT
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#prasarana
#bas
#rel
#COVID-19
#pengangkutan awam
#Rapid KL
#Rapid Penang
#rapid kamunting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan