awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 210 individu dikompaun, tujuh direman - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2020
08:13 MYT
PKP: 210 individu dikompaun, tujuh direman - Ismail Sabri
Sejak 24 Julai sehingga 9 Disember 2020, seramai 85,383 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 217 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Rabu, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri menjelaskan, daripada jumlah itu, seramai 210 individu telah dikompaun manakala tujuh individu pula direman.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk 99 individu melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka, 60 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan.
"31 individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, 17 individu ditahan kerana melakukan aktiviti pusat hiburan dan 10 individu atas kesalahan lain-lain," katanya dalam kenyataan media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) berjaya menahan 67 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati), 2 tekong serta merampas 4 kenderaan darat dan 8 bot/kapal.
"Sebanyak 121 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan pada Rabu," katanya lagi.
Beliau juga memaklumkan sejak 24 Julai sehingga 9 Disember 2020, seramai 85,383 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 77 hotel dan 19 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta.
"Daripada jumlah itu, seramai 12,626 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 542 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 72,215 individu telah dibenarkan pulang," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#Pelaksanaan PKP
#PKP
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan