KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai Jumaat ini (4 Jun) sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
ERL dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat yang bermula 1 Jun.
"Justeru, bagi memastikan ERL mampu meneruskan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebaik sahaja PKP ditamatkan dan kekal mampan dari segi kewangan, syarikat dengan penuh rasa kesal terpaksa menggantung sementara perkhidmatannya sehingga notis lanjut," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut lebih setahun selepas penularan pertama COVID-19, hampir tidak ada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan tren tersebut adalah terhad.
Ini menyebabkan purata pengguna harian ERL merosot sebanyak 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum negara dilanda COVID-19 dan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh pada Selasa, purata penumpang terus menjunam sebanyak 89 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut kenyataan itu, mereka yang terpaksa melakukan perjalanan kerana perkara yang mustahak sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dinasihatkan mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.
Maklumat berhubung opsyen pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini perkhidmatan boleh didapati di laman sesawang www.KLIAekspres.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspres dan bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut sila hubungi Pertanyaan Pelanggan di talian 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6 petang).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021
Purata pengguna harian ERL merosot sebanyak 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum negara dilanda COVID-19. - Gambar fail
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam.
Bersiar-siar menaiki ERL hujung minggu ini dengan hanya RM1
Rakyat Malaysia berpeluang 'makan angin' menaiki perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.