KUALA LUMPUR: Seramai 551 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 32 individu telah direman manakala 519 dikompaun.

"Gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (124), tidak patuh arahan PKP (101), tiada penjarakan fizikal (92).

"Tidak memakai pelitup muka (80), rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (3) dan lain-lain kes (151)," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Dalam pada itu, Task Force Operasi Pematuhan SOP PKP jelas Ismail Sabri telah melaksanakan 59,827 pemeriksaan di seluruh negara semalam.

Ia melibatkan seramai 3,219 Pasukan Pematuhan dengan kekuatan 14,334 anggota.

"Pemantauan di 4,219 pasaraya, restoran (4,518), kilang (2,171), bank (3,960), pejabat kerajaan (743) dan penjaja (1,733).

"Turut dipantau ialah pasar awam dan tani (1,568), tempat ibadah (3,598), tempat riadah (2,025), terminal pengangkutan darat (1,850), terminal pengangkutan air (322) dan terminal pengangkutan udara (93)," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, seramai dua orang  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dalam Operasi Benteng pada Jumaat.

Tambah Ismail Sabri, dua buah kenderaan darat turut dirampas dipercayai digunakan bagi kegiatan itu.

"Sebanyak 78 buah bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan," katanya lagi.