awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: 958 individu ingkar SOP ditahan polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/06/2021
12:32 MYT
PKP: 958 individu ingkar SOP ditahan polis
Ismail Sabri memberitahu, 47 individu direman sementara 910 lagi dikompaun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 958 individu ditahan polis dalam tempoh 24 jam kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, 47 individu direman sementara 910 lagi dikompaun.
"Daripada jumlah itu 232 individu ditahan kerana tiada penjarakan fizikal, rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (196), tidak memakai pelitup muka (135) dan 112 individu lagi gagal merekodkan butiran diri.
"Sementara 105 individu lagi ditahan kerana tidak patuh arahan kawalan pergerakan, membawa penumpang berlebihan (63), pengunjung pusat hiburan (38), gagal patuhi arahan (lapan) dan lain-lain (69)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dengan lapan kenderaan darat serta empat buah bot dirampas menerusi Operasi Benteng.
Ismail Sabri turut memaklumkan, jumlah kes import harian melibatkan warga asing kekal berkurangan sejak beberapa bulan lalu menunjukkan kejayaan polisi kerajaan menyekat kemasukan warga asing dengan menutup pintu sempadan termasuk penguatkuasaan Operasi Benteng di kawasan sempadan serta perairan negara.
"Penutupan pintu sempadan rasmi seperti di lapangan terbang menjadi fokus kerajaan untuk memastikan tiada kemasukan warga asing yang boleh menyumbang kepada penularan kes COVID-19 di dalam negara," jelasnya.
Topic Berkaitan
#ingkar SOP
#Operasi Benteng
#PDRM
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#program vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan