awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP dan Darurat: SKMM pantau maklumat tidak sahih, jelik berkaitan 3R

Isabelle Leong
Isabelle Leong
12/01/2021
11:20 MYT
PKP dan Darurat: SKMM pantau maklumat tidak sahih, jelik berkaitan 3R
SKMM meminta orang ramai melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada SKMM. -SKMM
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau penyebaran maklumat tidak sahih dan kenyataan bersifat jelik yang menyentuh institusi diraja, agama dan sensitiviti kaum (3R – royalty, religion, race).
Ia berikutan perkembangan semasa berkaitan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengisytiharaan Proklamasi Darurat.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, SKMM berkata sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
“SKMM ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” katanya.
SKMM juga mengingatkan semua pihak, khususnya pengguna media sosial, agar sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan membuat sebarang ulasan.
“SKMM turut berharap rakyat dapat berganding bahu dengan kerajaan dalam memberi fokus kepada usaha meredakan ledakan pandemik COVID-19 dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.
“Elakkan keghairahan yang melampau atau membuat spekulasi liar serta berita palsu yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni,” kata kenyataan itu.
SKMM meminta orang ramai melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada SKMM menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e- mel kepada [email protected].
Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan sebenarnya.my/salur.
Topic Berkaitan
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#3R
#institusi diraja
#agama
#sensitiviti kaum
#PKP
#darurat
#meningkatkan
#pemantauan
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan