awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP di Keningau dilanjutkan sehingga 18 April - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/04/2021
11:56 MYT
PKP di Keningau dilanjutkan sehingga 18 April - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Taman Guru, Kuantan, Pahang ditamatkan esok, lebih awal daripada dijadualkan. - Gambar hiasan/ ASTRO AWANI
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Keningau, Sabah yang sepatutnya tamat pada Ahad dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 April ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 2,138 kes COVID-19 direkodkan di daerah itu dengan beberapa kampung telah dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) ketika ini.
"Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan wujud beberapa kluster baharu dan masih berlaku peningkatan kes dalam komuniti dengan jumlah kes aktif dalam tempoh 14 hari adalah sebanyak 148 kes.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKP di daerah Keningau, Sabah bermula esok sehingga 18 April ini," tambahnya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, PKPD di Taman Guru, Kuantan, Pahang ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Katanya, sehingga kini KKM melaksanakan 481 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 89 kes positif direkodkan.
Menurutnya, KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti itu adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Taman Guru Kuantan
#ismail sabri yaakob
#PKP
#dilanjutkan
#Sabah
#lokaliti
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#program vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan