awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP di Sabah akan diputuskan atas nasihat KKM, MKN Isnin depan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/11/2020
09:01 MYT
PKP di Sabah akan diputuskan atas nasihat KKM, MKN Isnin depan - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, Peguam Negara juga perlu mewartakan setiap perubahan yang berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebaliknya di Sabah akan diputuskan dalam mesyuarat teknikal, Isnin depan.
Ia adalah berikutan hampir kesemua daerah di negeri itu diisytiharkan zon merah.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sebarang perubahan perintah pergerakan akan diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Saya percaya dengan banyaknya kawasan merah, kita tidak tahu ke arah mana kita nak pergi.
"Isnin depan MKN dan KKM akan bentangkan dalam sidang khas. Hari Isnin akan diselesaikan dan diumumkan," katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.
BACA: PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, Pahang
Menjelaskan perkara itu, Ismail Sabri berkata sekiranya ia melibatkan perubahan dalam perjalanan sektor ekonomi, mesyuarat khas akan turut mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam pada itu katanya, Peguam Negara juga perlu mewartakan setiap perubahan yang berlaku.
"Semua prosedur operasi standard (SOP) juga akan diwartakan," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#Kementerian Kesihatan
#Peguam Negara
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan