Sebanyak lima sekatan jalan raya dibuat manakala 10 jalan utama ditutup di beberapa lokasi di Subang Jaya melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa II bermula pada Rabu sehingga 14 April depan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Risikin Satiman, berkata langkah itu diambil bagi meningkatkan pemantauan pihak berkuasa dalam operasi khas bagi membantu mengekang penularan COVID-19.

Beliau menasihatkan masyarakat supaya sentiasa memberikan kerjasama serta mematuhi PKP yang sedang berkuatkuasa.

Sekatan jalan raya ditetapkan pada lima lokasi seperti berikut:

  1. Plaza Tol Seafield USJ, Subang Jaya
  2. Jalan Subang Utama ke Lebuhraya NPE
  3. Plaza Tol Puchong Selatan, Batu 14, Puchong
  4. Plaza Tol PJS 7 Lebuhraya LDP Arah Selatan
  5. Plaza Tol Putra Heights - Elite

Manakala 10 jalan ditutup sepenuhnya seperti berikut:
  1. Lebuhraya KESAS ke Subang Jaya

2. Jalan Subang Kelana Link
3. Lebuhraya LDP ke Persiaran Kewajipan
4. Persiaran Tujuan
Penduduk Subang Jaya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti berikut:

Penduduk di sekitar SS 12 hingga SS 19
Penduduk di sekitar USJ 1 hingga USJ 22
Penduduk di sekitar Bandar Sunway
Penduduk di sekitar Putra Heights
Penduduk di sekitar Bukit Puchong
Sebarang pertanyaan berkaitan PKP boleh disalurkan kepada pihak berkuasa menerusi talian Hotline COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03 7862 7107 / 7108.