GEORGE TOWN:Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, bermula Rabu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata jumlah kenderaan masih tinggi terutama ketika waktu puncak dipercayai kerana orang ramai ke tempat kerja masing-masing.
Tinjuan Bernama mendapati jalan raya seperti susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Jaya dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke George Town serta Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan beberapa kilometer kerana jumlah kereta yang banyak.
Malah ada pemandu kenderaan yang tinggal di kawasan tanah besar mendakwa mereka juga terperangkap dalam kesesakan hampir dua jam dari Seberang Jaya hanya untuk sampai ke Jambatan Pulau Pinang untuk masuk ke bahagian pulau.
Sementara itu, Sahabudin berkata sebanyak 44 sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang dan jumlah itu akan ditambah pada masa depan jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Jalan raya seperti susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Jaya dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke George Town serta Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan beberapa kilometer kerana jumlah kereta yang banyak. - BERNAMA

Top Glove selar TV Kanada atas laporan mengelirukan
Top Glove berkata laporan tersebut dengan sengaja memandang ringan atau tidak memasukkan langkah-langkah pemulihan terkini yang telah diambil.

Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.

Sindiket curi kenderaan, geng 'Elango Magna' tumpas
Sindiket curi kenderaan yang aktif di sekitar daerah Sentul didalangi Geng Elango Magna akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

AWANI Ringkas: Darurat: Pembangkang tidak perlu sertai jawatankuasa | Tingkat hukuman kesalahan LGBT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

PKP 2.0 | Pembelian barang hiasan rumah meningkat 8 kali ganda
Pelaksanaan PKP 2.0 menyaksikan ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah, dan menghabiskan masa di kediaman masing-masing. Jadi, ini mungkin yang dilakukan mereka!

PEJUANG | Guna logo Amanah atau Warisan pilihan terakhir - Mahfuz
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berpendapat, keputusan PEJUANG untuk gunakan logo Amanah atau Warisan merupakan pilihan terakhir yang ada untuk parti itu sekiranya gagal didaftarkan.

PKP 2.0 | 7 lelaki di reman 3 hari halang tugas polis
Tujuh lelaki yang menghalang penjawat awam bertugas semasa kejadian kemalangan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad, di reman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi pada Selasa.

Proklamasi Darurat | Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu sertai
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat kesemua Ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menyertai jawatankuasa teknikal pengurusan darurat yang ditubuhkan beberapa hari lalu. Menurutnya, ianya selepas beliau berpandangan jawatankuasa berkenaan tidak mempunyai peranan besar dalam menangani masalah pandemik Covid-19 dan hanya berfungsi untuk menentukan tarikh sesuai bagi menamatkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang Di-Pertuan Agong.

PERMAI: Beri subsidi ujian saringan COVID-19, PPE kepada klinik swasta - Pakar kesihatan
Pakar Perubatan Kesihatan Awam berkata harga ujian saringan COVID-19 dapat dikurangkan sekali gus mampu menggalakkan lebih ramai individu untuk melakukan ujian saringan itu.

Harga Barang | Pantau harga barang, peniaga sorok stok
Persatuan Pengguna Dan Alam Sekitar Melaka menggesa agar kerajaan melakukan pemantauan drastik melibatkan isu kenaikan harga barang termasuk aduan yang diterima berhubung bekalan barangan yang disembunyikan bagi tujuan keuntungan berganda.

Tujuh lelaki ditahan halang dan maki anggota polis
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Pejabat NCIA di Pulau Pinang, Cyberjaya beroperasi ketika PKP
NCIA berkata semua program termasuk di pusat empowerNCER akan kekal beroperasi dengan aktiviti yang minimum dan mematuhi SOP.

PKP: Jumlah kenderaan masih tinggi di P. Pinang
Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, bermula h

Isu air: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia jumpa MB Kedah di mahkamah
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan mempertahankan hak riparian sumber air negeri itu.

Solat Jumaat, fardu di negeri PKP terhad ahli jawatankuasa masjid
Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh PKP dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau.

LSANK selesai perinci maklumat, bantu Kedah tuntut caj air mentah dari P. Pinang - Menteri Besar
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selesai perinci maklumat kebergantungan Pulau Pinang terhadap sumber air dari negeri Jelapang Padi itu.

Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan meneruskan projek tersebut melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta.

P. Pinang tawar sekolah sebagai PKRC jika kes COVID-19 terus meningkat
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penggunaan sekolah tersebut adalah sebagai tambahan kepada dewan komuniti.