awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP Penuh: Bengkel membaiki kenderaan, kedai tayar dibenar beroperasi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
31/05/2021
03:26 MYT
PKP Penuh: Bengkel membaiki kenderaan, kedai tayar dibenar beroperasi
Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan PKP Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, sektor berkenaan walaupun bukan di bawah kawal selia kementerian namun berkait dengan sektor pengangkutan dan logistik.
Turut dibenarkan beroperasi secara optima ketika PKP ini adalah 30 perkhidmatan perlu bagi sektor pengangkutan dan logistik.
Bagi sektor udara yang dibenarkan beroperasi, ia merangkumi perkhidmatan lapangan terbang, kargo udara, penerbangan berjadual dan tidak berjadual serta am.
Bagi sektor darat, antaranya termasuk perkhidmatan perdagangan, bas, rel penumpang, teksi/e-hailing serta operasi penghantaran barangan 'courier/p-hailing'.
Bagi sektor air ia membabitkan perkapalan, pelabuhan, feri penumpang dan pelabuhan.
Senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 (1/3)
Senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 (1/3)
Senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 (2/3)
Senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 (2/3)
Senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 (3/3)
Senarai penuh perkhidmatan perlu yang dibenarkan bagi sektor pengangkutan dan logistik mulai 1-14 Jun 2021 (3/3)
Dalam pada itu, MOT katanya akan mengeluarkan kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) beroperasi pada Fasa Pertama PKP ini.
Jelasnya, semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah dan ia kini boleh dimuat turun.
MOT turut menggariskan pengurangan kapasiti bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing kepada dua orang termasuk pemandu.
Kapasiti penumpang bagi pengangkutan awam juga dikurangkan kepada 50 peratus kecuali syarikat penerbangan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.
Untuk maklumat lanjut boleh layari https://application.mot.gov.my/
Topic Berkaitan
#PKP
#perkhidmatan perlu
#Kementerian Pengangkutan
#MOT
#ehailing
#bengkel
#tayar
#penerbangan
#penghantaran barangan
#kapal
#pelabuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan