awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Polis Kelantan minta orang ramai guna surat kebenaran baharu

Bernama
Bernama
16/04/2021
01:39 MYT
PKP: Polis Kelantan minta orang ramai guna surat kebenaran baharu
Shafien berkata 500 anggota dan sukarelawan polis akan mengadakan 17 sekatan jalan raya selama dua minggu dalam tempoh PKP yang bermula hari ini hingga 29 April. - Gambar fail
KOTA BHARU: Polis Kelantan meminta orang ramai menggunakan surat kebenaran rentas negeri atau daerah yang baharu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh kawasan di negeri itu yang bermula hari ini hingga 29 April.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata hasil tinjauan beliau di sekatan jalan raya mendapati masih ada pihak menggunakan surat rentas negeri atau daerah yang lama, malah ada digunakan semasa PKP Januari lepas.
"Sekiranya degil, mereka boleh diambil tindakan seperti dikenakan kompaun," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini awal pagi tadi.
Shafien berkata 500 anggota dan sukarelawan polis akan mengadakan 17 sekatan jalan raya selama dua minggu dalam tempoh PKP itu.
BACA: 7 daerah di Kelantan dikenakan PKP - Ismail Sabri
BACA: Berita tular: Kelantan bakal kena PKP tidak benar - Polis Kelantan
Rabu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuh kawasan di Kelantan yang terdiri daripada jajahan/daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP.
Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes, dan kesemua tujuh jajahan/daerah itu berada dalam Zon Merah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surat kebenaran
#rentas negeri
#rentas daerah
#polis
#sukarelawan
#Kelantan
#Shafien Mamat
#Sekatan Jalan Raya
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan