awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tular: Kelantan bakal kena PKP tidak benar - Polis Kelantan

Bernama
Bernama
14/04/2021
03:47 MYT
Berita tular: Kelantan bakal kena PKP tidak benar - Polis Kelantan
Kelmarin, kerajaan mengumumkan PKPB di Kelantan, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April ini. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Penularan rakaman audio di media sosial kononnya negeri Kelantan bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar, kata Ketua Polis Negeri Datuk Shafien Mamat.
Justeru, beliau meminta orang ramai merujuk kepada laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan COVID-19 di negeri ini.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan atau menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tular satu rakaman audio seorang lelaki berdurasi 3 minit 18 saat menerusi aplikasi WhatApps yang mengatakan PKP akan dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April ini.
Kelmarin, kerajaan mengumumkan PKP Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 sehingga 28 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPB
#PKP
#Kelantan
#Tular
#rakaman audio
#sahih
#media sosial
#Shafien Mamat
#polis
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan