Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.
Ketua Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintenden Rasha Azaldin Shafii berkata, tindakan menerbangkan dron tanpa permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).
"Mereka yang melakukan kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.
"Adalah diingatkan, semua pihak tidak boleh menerbangkan dron sekiranya tidak mendapat permit daripada CAAM dan juga kebenaran pihak polis," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sepanjang pelaksanaan PKP, pihaknya mengesan empat kes pengendalian dron tanpa kebenaran PDRM serta permit CAAM di seluruh negara.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes ini dan polis bersedia menggunakan alat 'drone jammer' bagi memastikan tiada pihak yang menerbangkan dron tanpa kelulusan di mana-mana lokasi," katanya.
Rasha Azaldin berkata penggunaan dron dilakukan khusus untuk membuat pemantauan udara di seluruh negara termasuk di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Penggunaan teknologi dron sememangnya berkesan terutama dalam aspek memberi hebahan dan peringatan sepanjang tempoh PKP bagi mengekang wabak COVID-19," katanya.
Pada 7 April, CAAM telah membenarkan PDRM menerusi Unit Dron PGU mengendalikan "unmanned aircraft system (UAS)" atau dron bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan semasa PKP.
CAAM turut memaklumkan operasi dron itu diketuai PDRM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan tiga syarikat dron swasta. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020

Tindakan menerbangkan dron tanpa permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah menjadi kesalahan. Gambar hiasan.

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Parti liar | Pegawai dan anggota polis ditahan posiitf dadah
Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis dari Kontinjen Perak antara 14 orang yang ditahan dalam satu serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh pada awal pagi Jumaat. Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Tahun Kewangan 2020: Perolehan TNB rendah, umum dividen akhir satu peringkat 18.0 sen
Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkurangan kepada RM3.40 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM4.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Untung bersih suku keempat 2020 Maxis susut kepada RM319 juta
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 merosot kepada RM319 juta berbanding RM353 juta pada suku keempat 2019.

MAHB catat kerugian bersih RM1.11 bilion pada Tahun Kewangan 2020
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020.

Penguatkuasaan, pelaksanaan Akta 446 tidak akan ditangguh - Awang Hashim
Kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Vaksin COVID-19 | Abang Jo terima suntikan vaksin di Petra Jaya
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-bioNTech. Ia sebagai simbolik kepada Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Harga RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal
Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM2.00 seliter dinaikkan kepada RM2.05 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Petugas kesihatan ATM diberi keutamaan pemberian vaksin COVID-19
Lebih 4,000 petugas kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik fasa pertama pemberian vaksin bermula.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech: Ini lima perkara yang anda perlu tahu
Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang apa yang berlaku hari ini.

571,802 petugas barisan hadapan berdaftar terima suntikan vaksin fasa pertama - Khairy
Seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama setakat ini.

42,120 anggota ATM terima vaksin COVID-19 fasa pertama - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian vaksin itu melibatkan 84,240 dos dengan setiap anggota menerima dua dos suntikan vaksin.

ATM siap sedia jayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Pelan tindakan perlu bagi memastikan keseluruhan program imunisasi yang dirangka kerajaan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai matlamat.

KKM akan tingkatkan ujian saringan kepada 100,000 sehari
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang lima strategi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Pusat Simpanan Vaksin akan dikawal ketat oleh polis, tentera
Pasukan keselamatan termasuk polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk mengawal Pusat Simpanan Vaksin (PSV).

Keselamatan internet negara masih dalam keadaan terkawal
Ancaman siber adalah perkara yang berlaku setiap hari, bukan hanya di Malaysia, satu dunia berdepan masalah sama.