Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang mengenakan yuran RM600 dan ke bawah sebulan tidak dapat menampung kos operasi terutama semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad mencadangkan kadar yuran itu dinaikkan bagi memastikan kelangsungan operasi taska.
"Walaupun sejak 4 Mei lepas ada taska yang sudah beroperasi dan semakin banyak taska akan dibuka pada 9 Jun ini, namun dengan bilangan kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan sehingga 50 peratus bagi mematuhi penjarakan sosial, maka kutipan yuran juga berkurang.
"Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan operasi taska kerana tidak dapat menampung beberapa kos seperti gaji pengasuh taska, sewa premis, bil api dan air, makan dan minum serta alat bantuan mengajar. Kita tunggu dalam dua hingga tiga bulan lagi dan lihat sama ada operasi taska ini boleh bertahan atau tidak," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan pengendali taska yang menzahirkan kerisauan operasi taska mereka terjejas susulan pelaksanaan PKP dan PKPB oleh kerajaan sejak 18 Mac lepas.
Anisa berkata ibu bapa juga hendaklah mengambil berat mengenai kenaikan kadar yuran itu kerana kos operasi taska kekal meskipun bilangan kanak-kanak di sesebuah taska berkurangan.
"Kenaikan kadar yuran taska ini perlu dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak dan dilampirkan juga dalam perjanjian baharu pembayaran yuran taska," katanya.
Sementara itu, Anisa menzahirkan kesyukuran terhadap pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang memberi geran secara 'one off' sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sehingga 31 Dis depan bagi menggalakkan mereka mematuhi dan melaksanakan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.
"Tidak kira berapa banyak peruntukan yang diberikan kerajaan, sekurang-kurangnya duit itu dapat digunakan untuk mensanitasi premis taska dan baik pulih beberapa peralatan di dalamnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020
Beberapa pengendali taska menzahirkan kerisauan operasi taska mereka terjejas susulan pelaksanaan PKP dan PKPB oleh kerajaan sejak 18 Mac lepas. - Gambar hiasan
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
PKP: Yuran taska bawah RM600 tidak dapat tampung kos operasi - Persatuan
Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad mencadangkan kadar yuran itu dinaikkan bagi memastikan kelangsungan operasi taska.