KUALA LUMPUR:Kerajaan mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan Negeri Sembilan. 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan pelanjutan PKPD Kampung Sabah Baru, Lahad Datu dan Putra Point Nilai. 

1. Pelanjutan PKPD Kg Sabah Baru, Lahad Datu
 
• PKPD di Kg Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 24 November 2020 sehingga 7   Disember 2020.

• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kg Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah bermula 10      November 2020 sehingga hari ini, 23 November 2020.
 
• Sehingga 15 November 2020, 1,914 ujian saringan telah dilaksanakan dan sebanyak 200 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.



2. Pelanjutan PKPD Putra Point Nilai 

•  PKPD di Putra Point Nilai, Negeri Sembilan dilanjutkan sehingga 30 November 2020 bagi menunggu sehingga kesemua keputusan sampel saringan kedua diperolehi.

• Kerajaan juga sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Putra Point Nilai, Negeri Sembilan bermula 28 Oktober 2020 dan dilanjutkan sehingga 24 November 2020.
 
• Sehingga kini, sebanyak 436 ujian saringan telah dilaksanakan dan 314 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.

• Walau bagaimanapun KKM telah menjalankan saringan kedua pada hari ini, 23 November 2020 dan perlu menunggu semua keputusan sampel saringan kedua diperolehi.

 

 

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching, Sarawak sehingga 27 November 2020.

• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPB di Kuching, Sarawak bermula 9 November 2020 sehingga 22 November 2020.
 
• Sehingga kini, sebanyak 1,055 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan dan daripada jumlah itu, masih terdapat baki 58 kes aktif yang melibatkan beberapa kluster di daerah ini.

• Walau bagaimanapun, sekiranya dalam tempoh lanjutan PKPB ini KKM mendapati tiada pertambahan kes positif COVID-19 dan terkawal, PKPB di daerah ini boleh ditamatkan lebih awal.