awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB Klang: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok

Isabelle Leong
Isabelle Leong
07/10/2020
12:09 MYT
PKPB Klang: Kerajaan Selangor adakan mesyuarat esok
AMIRUDIN: Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, akan membuat pengumuman lanjut bagi memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang dalam masa terdekat.
Katanya, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri pada Khamis, berhubung pelaksanaan PKPB itu.
“Kerajaan Selangor mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKPB itu.
“Saya akan mempengerusikan mesyuarat MKN berhubung pelaksanaan PKPB di Klang.
“Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang,” katanya menerusi satu hantaran di laman Twitter peribadinya pada Rabu.
Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum pengumuman Menteri Pertahanan berhubung pelaksanaan PKPB di Klang. Saya akan mempengerusikan mesyuarat MKN berhubung pelaksanaan PKPB ini. Pengumuman lanjut akan dibuat bagi memperincikan pelaksanaan PKPB di Klang. https://t.co/PkyRjemKc1
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 7, 2020
Tambahnya, beliau akan memperhalusi dan meneliti pandangan semua pihak dalam aspek perebakan kes COVID-19 hingga kepada penguatkuasaan.
Esok saya akan perhalusi, pandangan semua pihak harus di teliti dari aspek perebakkan kes hingga penguatkuasaan
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 7, 2020
Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.
Katanya, empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Selangor
#PKPB Klang
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#COVID-19
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
#Sandakan
#Papar
#Tuaran
#Sabah
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan