Skip to main content

Dunia

Akibat tekanan pro-Israel, semua artis 'opening' Ed Sheeran tarik diri bela Macklemore

[TB]_Finneas, Lukas Graham, Aaron Rowe dan kumpulan Ireland, Beoga, macklemore_IG_AP
Semua artis pembukaan jelajah AS Ed Sheeran tarik diri selepas Macklemore digugurkan susulan kenyataan pro-Palestin.
Advertisement

JELAJAH Loop Tour Ed Sheeran di Amerika Utara berdepan gelombang penarikan diri selepas empat artis sokongan mengumumkan keputusan meninggalkan jelajah itu sebagai tanda solidariti terhadap penyanyi rapm Macklemore yang digugurkan susulan kenyataannya menyokong Palestin.

Empat artis berkenaan ialah Finneas, Lukas Graham, Aaron Rowe dan kumpulan Ireland, Beoga.

Finneas berkata artis tidak seharusnya disenyapkan apabila bersuara mengenai penindasan, manakala Rowe merujuk sejarah Ireland sendiri dalam menjelaskan keputusannya.

Lukas Graham pula mempersoalkan penggunaan kuasa dan pengaruh golongan kaya untuk menentukan siapa yang boleh bersuara di pentas.

Macklemore digugurkan daripada baki jelajah Sheeran selepas membuat kenyataan pro-Palestin ketika persembahan di MetLife Stadium, New Jersey, termasuk melaungkan “Free Palestine”. 

Beliau turut membawakan lagu protes Hind’s Hall yang berkaitan perang di Gaza.

Promoter jelajah, Messina Touring Group, mengesahkan beberapa venue tidak akan membenarkan konsert diteruskan jika Macklemore kekal dalam barisan artis.

Kontroversi itu turut mengaitkan pemilik New England Patriots dan Gillette Stadium, Robert Kraft.

Kraft, seorang tokoh perniagaan dan penderma utama kepada usaha berkaitan komuniti Yahudi serta Israel, menerima Genesis Prize pada 2019 atas sumbangannya kepada komuniti Yahudi dan usaha memerangi antisemitisme. 

Pada tahun sama, beliau menubuhkan Foundation to Combat Antisemitism, yang kini dikenali sebagai Blue Square Alliance Against Hate.

Kraft mengesahkan beliau memainkan peranan dalam keputusan menghalang Macklemore daripada membuat persembahan di Gillette Stadium, dengan alasan kenyataan dan bahan persembahan penyanyi rap itu, serta apa yang disifatkannya sebagai sejarah retorik dan imej antisemitik.

Bagaimanapun, Macklemore menafikan dakwaan antisemitisme dan berkata sokongannya kepada Palestin menjadi punca beliau disingkirkan.

Sheeran pula menjelaskan keputusan menggugurkan Macklemore dibuat oleh promoter dan venue, bukannya beliau sendiri, selepas beberapa stadium memberi tekanan untuk menolak penyertaan rapper itu.

Must Watch Video

Advertisement