Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun.
Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lepas dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.
Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam.
Semestinya ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat kaum Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka. Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai 'gaya' dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.
Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama.
Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh 'jeneral perang COVID-19', Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari.
Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020

Mengikut SOP PKPB, pengunjung menulis nama dan nombor telefon bimbit dan beratur serta mengamalkan penjarakan sosial, juga memakai penutup hidung dan mulut di pusat beli-belah East Coast Mall, Kuantan, 8 Mei, 2020. --fotoBERNAMA/Fail

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
"Pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'" - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan media berkenaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan berpendirian beliau bahawa pemilihan dalam parti adalah 'we are together'.
#AWANInews
#AWANInews
Penurunan angka penagih baru sebanyak 10.5 peratus - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkongsi data angka penagih dadah yang direkodkan. Setelah tindakan penutupan pengkalan haram dan jalan tikus di negeri-negeri sempadan, membuahkan hasil dengan turunnya sebanyak 10.5 peratus pada suku pertama 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AADK kerjasama Geospatial: Analisis berasaskan aplikasi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media perhimpunan bulanan KDN menerangkan berkenaan anjakan yang dilakukan oleh AADK terhadap analisis data. Kerjasama bersama Pusat Geospatial dapat membantu pihak AADK menanalisis data mentah serta melakukan unjuran berdasarkan fakta yang dikumpul.
#AWANInews
#AWANInews

Konflik hidupan liar: Nik Nazmi seru kerjasama kerajaan negeri-Pusat
Kerjasama negeri-Persekutuan penting bagi menyelesaikan konflik gajah-manusia, lindungi habitat dan elak tragedi berulang.

ASN 2024: Aaron-Wooi Yik Olahragawan Kebangsaan, Nor Farah cipta sejarah
Beregu lelaki negara mengetepikan cabaran Lee Zii Jia, Mohamad Aniq Kasdan, Wong Weng Soon dan Abdul Latif Maxzakir.

Pemilihan PKR 2025: Demi kestabilan parti, Saifuddin tidak bertanding
Dengan itu, perhatian kedudukan Timbalan Presiden PKR kini tertumpu antara dua personaliti - Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Ancelotti tinggalkan Real Madrid, nakhoda baharu Brazil
Pengendali berusia 65 tahun dari Itali itu akan secara rasmi memulakan tugas bersama Brazil pada 26 Mei, sejurus tamat musim La Liga.

Rusia anggap rundingan dengan Malaysia penting, Kremlin sahkan persiapan sedang berjalan
Lawatan Perdana Menteri Anwar mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Rusia.

Korea Selatan, Malaysia adakan pusingan ke-9 rundingan FTA di Kuala Lumpur
Pusingan terbaharu itu berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur dan melibatkan kira-kira 70 pegawai perdagangan kedua-dua negara.

Rundingan ekonomi dan perdagangan China-AS capai kemajuan signifikan
Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara terus terang dan menyeluruh, serta mencapai persetujuan penting.

KDNK diunjur menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 - MIDF Amanah
Unjuran pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik, kata MIDF Amanah.

Kukuhkan Petronas demi hasil negara – Wan Fayhsal
Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Wan Fayhsal menyeru sokongan penuh terhadap Petronas bagi memastikan ia kekal menyumbang kepada perbendaharaan negara.

Tarif AS bantutkan peluang pertumbuhan 3 peratus Thailand
Konflik dagang antara China dan AS secara langsung mempengaruhi ekonomi global, termasuk Negara Gajah Putih itu.
![[KOLUMNIS] Apabila pertimbangan ekonomi diutamakan berbanding hak asasi manusia, genosid akan berterusan [KOLUMNIS] Apabila pertimbangan ekonomi diutamakan berbanding hak asasi manusia, genosid akan berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655599229_MIDF.jpg)
[KOLUMNIS] Apabila pertimbangan ekonomi diutamakan berbanding hak asasi manusia, genosid akan berterusan
Kerajaan-kerajaan di dunia mesti mengutamakan prinsip hak asasi manusia daripada keuntungan ekonomi dan kewangan.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

ASEAN perlu pelbagaikan hubungan dagang tingkatkan daya tahan - Ahli ekonomi
Rantau ASEAN tidak lagi boleh bergantung secara berlebihan kepada mana-mana rakan ekonomi tunggal.

Perang tarif dijangka berakhir dengan situasi menang-menang walaupun dapat kecaman di seluruh dunia - Ahli ekonomi
Ini kerana 104 daripada 168 negara yang dikenakan tarif awal bulan ini, kini dalam rundingan untuk terma perdagangan yang lebih baik.

Selangor jangka limpahan ekonomi hasil hubungan baik Malaysia-China - Amirudin
Ia terserlah menerusi pertemuan dengan pemain industri China yang menunjukkan kepercayaan dan prospek cerah berkait kemajuan Selangor.

Xi harap usahasama China-Malaysia lakar '50 tahun keemasan' hubungan dua hala
Lawatan ini diharap akan membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan bertemakan kejiranan mesra dan saling menguntungkan.