NATIONAL
PKPB: Topeng mulut dan hidung tidak wajib, tetapi sangat digalakkan - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham, menyatakan selain penggunaan topeng penutup mulut dan hidung amalan penjarakan sosial satu meter juga perlu, dengan ini boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19
Penggunaan topeng penutup mulut dan hidung tidak diwajibkan ketika ini namun penggunaannya adalah sangat digalakkan bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan topeng itu digalakkan terutamanya ketika berada di kawasan orang ramai.
"Memakai topeng penutup mulut dan hidung digalakkan bukan satu kewajipan tetapi ia sangat digalakkan," katanya pada sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia pada Isnin.
Dr Noor Hisham, menyatakan selain penggunaan topeng penutup mulut dan hidung, amalan penjarakan sosial satu meter juga perlu diamalkan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19.
Katanya, sekiranya rakyat Malaysia terus mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian, ia akan mampu memutuskan rantaian wabak membunuh itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami