awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Beberapa laluan utama di Besut ditutup

Bernama
Bernama
21/05/2021
20:30 MYT
PKPD: Beberapa laluan utama di Besut ditutup
Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam Jumaat berikutan pelaksanaan PKPD. -Bernama
JERTEH: Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam Jumaat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 15 mukim di daerah itu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata antara yang terlibat adalah laluan utama Kampung Seberang Kastam berhampiran Jambatan Kuala Besut yang menghubungkan Kuala Besut dengan Kampung Raja dan laluan di bulatan Kampung Lampu menghala ke Seberang Jertih.
"Penutupan itu juga selari dengan arahan PKPD yang diumumkan kerajaan semalam bagi 15 mukim di daerah ini bermula esok hingga 4 Jun.
Selain itu sekatan jalan raya (SJR) pula diadakan di enam lokasi iaitu di Kampung Lampu, Seberang Jertih, Nyior Tujuh, Gong Nering, Gong Medang dan Lubuk Kawah," katanya ketika dihubungi.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan PKPD akan dilaksanakan mulai esok hingga 4 Jun di 15 mukim dalam Daerah Besut, melibatkan Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#SJR
#Sekatan Jalan Raya
#Besut
#laluan utama
#Kuala Besut
#ismail sabri yaakob
#Abdul Rozak Muhammad
#Kampung Seberang Kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan