awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di 16 lokaliti Sungai Ruan, tujuh di Sempalit, Pahang - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
06/05/2021
11:26 MYT
PKPD di 16 lokaliti Sungai Ruan, tujuh di Sempalit, Pahang - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 16 lokaliti di Sungai Ruan adalah Taman Dahlia; Taman KSM Sungai Ruan; Taman Bunga Raya; Taman Sungai Ruan; Taman Cempaka; Taman Bunga Matahari; Taman Koperasi Mewah; dan Taman Melewar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula dari 8 hingga 21 Mei ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 16 lokaliti di Sungai Ruan adalah Taman Dahlia; Taman KSM Sungai Ruan; Taman Bunga Raya; Taman Sungai Ruan; Taman Cempaka; Taman Bunga Matahari; Taman Koperasi Mewah; dan Taman Melewar.
Turut tersenarai adalah Taman Mawar; Taman Mawar Impian; Taman Bunga Tanjung; Taman Bunga Angsana; Taman Melor; Taman Orkid; Rumah Murah Sungai Ruan; dan Kampung Baru Sungai Ruan.
Bagi tujuh lokaliti di Sempalit pula adalah Kampung Baru Sempalit; Taman Sempalit Indah; Taman Sempalit Baru; Taman Sempalit Aman; Taman Sempalit Jaya; Taman Emas serta Taman Emas Baru.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar," menurut Ismail Sabri dalam satu kenyataan mengenai PKP hari ini.
Selain itu, PKPD turut dilaksanakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor bermula 8 hingga 21 Mei susulan peningkatan kes COVID-19 mendadak dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.
Ismail Sabri berkata sehingga kini KKM telah melakukan 212 ujian saringan dengan 96 orang daripadanya didapati positif.
Menerusi kenyataan sama, beliau memaklumkan penamatan PKPD Taman Seri Desa, Kuala Krau di Temerloh, Pahang mulai esok.
Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata seramai 411 individu ditahan semalam dengan 408 dikompaun manakala tiga lagi direman.
Antara kesalahan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (168); tidak memakai pelitup muka (94); tiada penjarakan fizikal (61) dan aktiviti pusat hiburan (56).
Bagi kawalan sempadan negara pula, beliau berkata 14 pendatang tanpa izin ditahan selain 11 kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#sungai ruan
#Sempalit
#Raub
#Pahang
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan