awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Kampung Batu Gong, Sarawak dilanjutkan sehingga 23 April

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2021
10:08 MYT
PKPD di Kampung Batu Gong, Sarawak dilanjutkan sehingga 23 April
PKPD di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu ditamatkan bermula 8 April manakala PKPD di Kampung Chupak pula pada 9 April. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian, Sarawak bermula 10 sehingga 23 April nanti.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 485 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 95 kes positif COVID-19 direkodkan.
Jelas beliau, KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta terdapat kes baru yang dikesan dalam kalangan komuniti di lokaliti itu.
"KKM juga mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta terdapat kes baru yang dikesan dalam kalangan komuniti di lokaliti itu.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Batu Gong, Siburan, Serian, Sarawak bermula 10 April sehingga 23 April," katanya dalam satu kenyataan berhubung perkembangan PKP pada Rabu.
Sementara itu, kerajaan turut mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Lebak Moyoh, Kampung Siasai Tamu Kota Belud, Sabah dan di Kampung Chupak, Siburan, Serian, Sarawak.
Beliau menjelaskan KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini adalah terkawal.
PKPD di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu ditamatkan bermula 8 April manakala PKPD di Kampung Chupak pula pada 9 April.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Kampung Batu Gong
#dilanjutkan
#Kampung Lebak Moyoh
#Kampung Siasai Tamu
#Kota Belud
#Sabah
#Kampung Chupak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan