awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah ditamatkan - Ismail Sabri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/03/2021
10:31 MYT
PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah ditamatkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata ia susulan penurunan kes di kawasan terbabit. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah dan kuarters kakitangannya di Perak, ditamatkan esok mengikut jadual.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan penurunan kes di kawasan terbabit.
"Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 774 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 457 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"KKM mengesahkan terdapat penurunan kes, kluster adalah terkawal dan kesemua kes positif serta kontak rapat telah diasingkan," katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Sementara itu, katanya 369 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara.
"Daripada jumlah itu, seramai 330 individu dikenakan kompaun, 37 direman dan dua lagi dijamin.
"Antara kesalahan yang direkodkan ialah aktivit pusat hiburan (155), gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (77), tidak memakai pelitup muka (39), tiada penjarakan fizikal (34), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (29) dan premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (20)," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#PKP
#ujian saringan
#COVID-19
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#SOP
#Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan