awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: 'Mat Rempit' remaja antara 31 individu ditahan lumba haram

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/07/2021
02:10 MYT
PKPD: 'Mat Rempit' remaja antara 31 individu ditahan lumba haram
Kesemua suspek termasuk seorang wanita itu ditahan dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
SHAH ALAM: Seramai 31 individu ditahan terlibat kegiatan lumba haram dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Sultan Alaiddin, Bandar Sultan Suleiman, Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, kesemua suspek termasuk seorang wanita itu ditahan dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan pada Sabtu.
"Kesemua suspek berusia antara 13 hingga 23 tahun dan sebanyak 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 20 buah motosikal telah disita.
"Sebanyak 22 kompaun dikenakan kepada 22 mengikut Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam tanpa hala tuju," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Nurulhuda memberi amaran agar masyarakat tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram dan menggesa ibu bapa memantau pergerakan anak agar tidak terlibat dengan kegiatan tidak sihat.
Polis akan terus menjalankan operasi dan penguatkuasaan berterusan bagi membendung kegiatan lumba haram terutamanya ketika tempoh PKPD.
Topic Berkaitan
#Klang
#saman
#PKPD
#motosikal
#lumba haram
#Nurulhuda Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan