awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Penduduk Kampung Jawa diminta patuh arahan elak penularan COVID-19

Bernama
Bernama
18/12/2021
22:08 MYT
PKPD: Penduduk Kampung Jawa diminta patuh arahan elak penularan COVID-19
SAARANI: Saya harap penduduk sabar, akur dan mematuhi SOP sepenuhnya supaya tidak menyebabkan berlakunya penyebaran virus ke tempat lain. - Gambar fail
LENGGONG: Penduduk Kampung Jawa, Mukim Ayer Hitam, Daerah Hilir Perak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa semalam hingga 31 Dis diminta mematuhi arahan bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 ke tempat lain.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya memperuntukkan RM20,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong bagi urusan bantuan yang diperlukan sepanjang tempoh PKPD itu.
"Saya harap penduduk sabar, akur dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya supaya tidak menyebabkan berlakunya penyebaran virus ke tempat lain.
"Seperti biasa, pegawai daerah akan membuat anggaran bajet dan akan mohon kepada pegawai kewangan untuk keperluan seperti peralatan bagi petugas barisan hadapan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini semalam.
Pelaksanaan PKPD di perkampungan berkenaan dipercayai susulan penularan daripada kluster komuniti yang diisytiharkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada 12 Dis lepas.
Setakat ini, kluster itu merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 72 kes positif COVID-19 termasuk lima kes baharu semalam dan pewartaan PKPD diputuskan setelah Kementerian Kesihatan meneliti segala penilaian risiko dan trend jangkitan pandemik berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKPD
#Hilir Perak
#Saarani Mohamad
#ADUN Changkat Jong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan