awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Saringan semua penduduk Amanjaya selesai seminggu lagi - Exco

Bernama
Bernama
29/08/2020
10:05 MYT
PKPD: Saringan semua penduduk Amanjaya selesai seminggu lagi - Exco
Suasana sunyi di sekitar Zon Kenanga, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran yang bermula pada 28 Ogos lepas bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di Amanjaya. - fotoBERNAMA
Saringan COVID-19 ke atas semua 22,360 penduduk di kawasan Amanjaya, Sungai Petani yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar dijangka selesai dalam tempoh lebih seminggu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata setakat semalam, lebih 3,000 penduduk telah disaring manakala 2,000 lagi dijangka menjalani saringan hari ini.
"Kita yakin 22,360 penduduk di Amanjaya, Sungai Petani akan keluar melakukan saringan seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kita jangka saringan terhadap kesemua penduduk akan mengambil masa lebih seminggu.
"Cuma saya minta mereka yang dipakaikan gelang merah jambu, jangan pula ada yang ingkar arahan," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid di Parlimen Pendang di sini.
Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD Bersasar di Amanjaya, Sungai Petani berkuat kuasa semalam sehingga satu tempoh yang akan diumumkan kelak.
BACA: PKPD Amanjaya: Penduduk tidak perlu bimbang, patuhi SOP ditetapkan - Dr Awang Bulgiba
Perintah itu membabitkan tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur melibatkan sejumlah 22,360 isi rumah merangkumi 265 kediaman.
Mohd Hayati juga berkata kerajaan negeri telah mengesyorkan kepada kerajaan persekutuan agar PKPD dilaksanakan secara lebih meluas di kawasan yang dikenal pasti dan beberapa kawasan lain bagi membendung penularan COVID-19 yang dicetuskan oleh beberapa kluster di negeri itu.
"Kita memang syorkan supaya PKPD ini diadakan dengan meluas kepada kerajaan persekutuan namun kita dimaklumkan mengenai kekangan antaranya dari segi penempatan anggota keselamatan yang terhad untuk mengawal kawasan yang luas.
"Selain itu, dana yang besar diperlukan untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk terjejas atau berada di kawasan perintah terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanajaya
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Nor Hayati Othman
#PKPD
#saringan
#Sungai Petani
#Zon Kenanga
#Zon Mawar
#Zon Melur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan