awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Top Glove: 2,990 individu disaring sejak Selasa lepas

Bernama
Bernama
20/11/2020
12:40 MYT
PKPD Top Glove: 2,990 individu disaring sejak Selasa lepas
Warga tempatan yang akan disaring di lokasi PKPD adalah seramai 215 orang dari 57 rumah manakala pekerja di asrama Top Glove pula seramai 5,701 individu. -Gambar fail
SHAH ALAM:Seramai 2,990 individu telah menjalani ujian saringan COVID-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di asrama pekerja Top Glove Klang, Selasa lepas.
Komanden Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata berdasarkan bancian yang dijalankan, anggaran sebenar individu akan disaring adalah 5,916 orang berbanding jangkaan awal iaitu 3,550 orang.
Beliau berkata daripada jumlah anggaran sebenar, warga tempatan yang akan disaring di lokasi PKPD adalah seramai 215 orang daripada 57 rumah manakala pekerja di asrama Top Glove pula seramai 5,701 individu.
"Bagi menguatkuasakan perintah PKPD ini, seramai 200 petugas melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dikerah membuat kawalan serta melaksanakan ujian saringan COVID-19 setiap hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nurulhuda berkata orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan sumbangan makanan asas seperti beras, ayam, sayur, ikan serta makanan ringan berzat kepada warga tempatan boleh berbuat demikian melalui Bilik Gerakan PKPD asrama pekerja Top Glove dengan menghubungi talian 013-6319326.
PKPD asrama pekerja Top Glove Klang dikuatkuasakan 17 hingga 30 Nov ini melibatkan asrama pekerja lelaki dan wanita serta perumahan di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8 susulan peningkatan kes COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Top Glove
#PKPD
#asrama
#ujian saringan
#COVID-19
#Nurulhuda Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan