awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
AI kini lebih kreatif berbanding manusia biasa - Kajian
WhatsApp bakal perkenal pelan berbayar untuk pengalaman tanpa iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2021
09:28 MYT
PKPP dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Ismail Sabri hari ini mengumumkan PKPP dilanjutkan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021.
Berikut lima tumpuan kenyataan media hari ini:
1. PKPP yang dijadual tamat pada 31 Disember dilanjutkan dari 1 Januari (hari ini) sehingga 31 Mac 2021 di seluruh negara kecuali di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah serta lokaliti yang masih diletakkan di bawah PKP Bersyarat dan PKP Diperketatkan.
2. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Ria di Jalan Genting, Bentong tamat pada 1 Januari.
3. PKPD di Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir, Muar, Johor dilaksanakan bermula 2 sehingga 15 Januari. Ia melibatkan 17 blok bangunan, 1,828 penghuni warga asing.
4. PKPD di Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor bermula 2 sehingga 15 Januari. Ia melibatkan tujuh blok bangunan, menempatkan 4,444 penghuni warga asing.
5. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 347 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Seramai 337 dikompaun, manakala 10 direman.
Topic Berkaitan
#Muar
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#warga asing
#PKPD
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan