awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPP: SOP pembukaan tadika swasta, pusat tuisyen sedang dirangka - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/06/2020
07:14 MYT
PKPP: SOP pembukaan tadika swasta, pusat tuisyen sedang dirangka - Ismail Sabri
Ribuan guru pendidikan awal kanak-kanak dikatakan berisiko kehilangan pekerjaan. Gambar hiasan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) sebelum membenarkan taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta beroperasi semula.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin sebaik sahaja SOP tersebut diluluskan.
“Kementerian Pendidikan sedang menyiapkan SOP. Saya difahamkan Menteri Pendidikan akan mengumumkan SOP, bila ia boleh dibuka dan sebagainya.
“Kita tunggu pengumuman daripada Menteri Pendidikan nanti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan kira-kira 10,000 pengusaha tadika swasta berdaftar di seluruh negara berdepan ancaman gulung tikar akibat terbeban dengan masalah kewangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.
Mereka dilaporkan semakin bimbang apabila nasib sektor itu masih samar disebabkan belum dibenarkan beroperasi.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata KPM dijangka akan mengumumkan SOP berhubung pembukaan pusat tuisyen dalam tempoh terdekat.
"Saya difahamkan Kementerian Pendidikan sedang menyediakan SOP untuk pusat tuisyen ini. Insya-Allah dalam masa terdekat saya percaya (akan diumumkan).
"Semalam sudah diumumkan pembukaan sekolah, jadi saya percaya Menteri Pendidikan akan mengumumkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tuisyen tadi... kita tunggu keputusan," tambah beliau.
Topic Berkaitan
#hilang kerja
#ismail sabri yaakob
#Kanak-kanak
#kerajaan
#keselamatan
#Malaysia
#menteri
#pendidikan
#SOP
#tadika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan