KUALA LUMPUR: Tidak timbul soal sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ditukar atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) memerlukan kepimpinan baharu.
Sebaliknya, calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menegaskan, apa yang lebih penting ialah barisan kepimpinan yang baik untuk membantu Anwar.
Menurut Mohd Rafizi, Anwar memerlukan barisan pemimpin yang boleh memberikan nasihat dan pandangan yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
"Ia bukan soal figura, sebaliknya, ia merupakan soal gagasan, soal idea dan kumpulan yang menggariskan segala bentuk kekuatan dan kepakaran.
"Jadi tidak timbul soal sama ada Anwar perlu ditukar atau perlu kepimpinan baharu tetapi yang (mencetus) masalah kalau kita ada seorang pengurus pasukan bola sepak yang baik tetapi pertahanan, penyerang atau tengah tidak baik, letaklah pengurus baik yang mana (pun) tidak akan menang.
"Anwar dengan umurnya sekarang perlu barisan pimpinan yang betul-betul yang buat kerja dan boleh beri input dan nasihat yang betul supaya keputusan bersama yang dibuat itu tidak dipengaruhi jalan pintas atau kadang-kadang sesuatu yang secara logiknya mustahil boleh berlaku.
"Sebab itu kita perlu kembali kepada rakyat melihat barisan Pakatan Harapan, citra dan pembawaan yang benar-benar mencerminkan hasrat rakyat iaitu menjaguhi setiap isu yang dibawa," kata Mohd Rafizi ketika berhujah dalam debat Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar? dua calon Timbalan Presiden PKR di Sinar Harian pada Rabu.
Mengulas mengenai tugas seorang Timbalan Presiden, Mohd Rafizi menjelaskan, orang nombor dua parti perlu memainkan peranan yang lebih agresif bukan hanya menyatakan kesetiaan kepada Presiden semata-mata.
Bahkan, kata beliau, seorang Timbalan Presiden juga perlu mempunyai gagasan dan wawasan yang boleh membantu parti memenangi hai pengundi terutama golongan muda.
"Tugas dan peranan seorang Timbalan Presiden PKR bukan lah semata-mata melaksanakan apa yang dinyatakan oleh Presiden.
"Kalau semua perkara Presiden kena turun padang, semua perkara Presiden kena fikir, Presiden kena kempen tetapi timbalan hanya di belakang dan menyatakan kesetiaan… itu tidak betul.
"Sebenarnya, Presiden memerlukan seorang timbalan yang tangkas, yang lebih kreatif, yang lebih agresif berkempen tambah lagi sebahagian besar pengundi adalah pengundi muda.
"Jadi perbezaan di antara kematangan Datuk Seri Anwar dan juga ketangkasan seorang pemimpin yang lebih muda dapat memberi keyakikan kepada pengundi terhadap kepimpinan Pakatan Harapan dan PKR.
"Ia bukan hanya mencerminkan kematangan tetapi turut membawa idea dan kreativiti zaman ini," katanya lagi.
Dalam masa sama, Mohd Rafizi juga yakin PH mampu menjadi blok parti terbesar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya parti itu berjaya membuktikan keikhlasan perjuangan mereka kepada rakyat.
Kata Mohd Rafizi, parti itu juga perlu yakin kepada rakyat yang tidak bodoh untuk menilai apa yang diperjuangkan oleh mana-mana parti politik.
"Dalam tempoh empat lima bulan dalam setahun ini, kalau kita betul-betul ikhlas dan tunjuk kita sedar kesilapan kita dan memberi isyarat yang jelas bahawa kita tidak pentingkan kedudukan, Insya-Allah PH akan jadi blok terbesar selepas selepas pilihan raya umum akan datang," ujar Mohd Rafizi penuh optimis.
Mohd Rafizi akan bersaing dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam merebut jawatan nombor dua PKR dalam pemilihan parti yang diadakan bermula 13 hingga 18 Mei ini.
Astro Awani
Wed May 11 2022
Mohd Rafizi menegaskan, Anwar memerlukan barisan pemimpin yang boleh memberikan nasihat dan pandangan yang sesuai dengan keadaan semasa. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Rafizi hanya akan jawab soalan politik di luar waktu pejabat
Rafizi berkata hal ini perlu kerana sebagai menteri Kabinet, beliau dibayar untuk menangani isu dan masalah yang dihadapi rakyat.
Rafizi selesai beri keterangan, telefon bimbit dirampas untuk bantu siasatan
Telefon bimbitnya dirampas pihak polis bagi membantu siasatan dan menurutnya, ia merupakan telefon bimbitnya yang kelima dirampas polis sejak tahun 2009.
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
PRU15: Jangka Parlimen bubar Ogos atau September, Rafizi mula berkempen bulan depan
Rafizi berkata, beliau akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen.
Pemilihan PKR 2022: Rafizi dahului Saifuddin jawatan Timbalan Presiden
Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2022, setelah keputusan pengundian di semua negeri dikeluarkan hari ini.
PKR perlukan Timbalan Presiden yang agresif, bukan tukar Anwar - Rafizi
Anwar memerlukan Timbalan Presiden yang mempunyai gagasan dan wawasan untuk membantu parti memenangi hai pengundi terutama golongan muda.
Saifuddin nafi dakwaan Rafizi bantu dapatkan kerja di Pulau Pinang pada 2017
Saifuddin menjelaskan jawatan tersebut dilantik sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng.
Saifuddin Nasution tawar diri tanding Timbalan Presiden PKR
Hasratnya itu disampaikan sewaktu menyampaikan perutusan khas di Mesyuarat Agung Cabang Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan hari ini.
Tiada permohonan dari Azmin untuk tubuh parti politik baharu - Jabatan Pendaftaran
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sahkan tidak menerima sebarang permohonan menubuhkan parti politik baharu daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ahli Parlimen Ranau nafi keluar PKR sertai Azmin?
Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin menafikan bahawa beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) .