PUTRAJAYA:Plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) akan digunakan bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan OKU.
Cadangan penggunaan plat kenderaan OKU itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020, yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, hari ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini menyatakan, persetujuan penggunaan plat kenderaan OKU itu adalah mengambil kira kepentingan dan keperluan OKU, serta waris yang memerlukan kemudahan itu disebabkan oleh limitasi mobiliti dan faktor keselamatan.
Menurut kenyataan itu, kategori OKU yang layak bagi penggunaan plat kenderaan itu adalah kategori Fizikal, Sub Kategori OKU Pembelajaran iaitu 'Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) Akut, Autism Akut, OKU Kategori Pelbagai dan Waris OKU berkenaan (satu waris) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Cadangan ini akan membolehkan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan fasiliti OKU dapat dilaksanakan secara bersepadu dan meluas oleh pihak berkuasa," menurut kenyataan KPWKM itu.
Penggunaan plat kenderaan OKU yang dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan itu adalah, antara dua cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat hari ini, selain penubuhan Yayasan Pembangunan Orang Kurang Upaya (YPOKU) oleh Sekretariat Pembangunan Inklusiviti Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.
Selain pembentangan mengenai penggunaan plat kenderaan OKU oleh Kementerian Pengangkutan, turut dikemukakan pada mesyuarat MKBOKU hari ini ialah cadangan penubuhan Yayasan Pembangunan Orang Kurang Upaya (YPOKU) oleh Sekretariat Pembangunan Inklusiviti Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.
Mengenai cadangan YPOKU pula, KPWKM menyatakan penubuhan yayasan itu dilihat amat bertepatan dengan keperluan semasa, dan akan memberikan implikasi yang signifikan kepada pembangunan dan pemerkasaan OKU di Malaysia.
"Mesyuarat MKBOKU secara dasarnya setuju mengenai cadangan penubuhan Yayasan OKU. Walau bagaimanapun, pelaksanaan, struktur dan mekanisme bagi cadangan ini akan diperhalusi dan diperincikan terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksanakan," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020

Cadangan penggunaan plat kenderaan OKU itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020. -Gambar fail

COVID-19: Ambil pengajaran daripada setiap pandemik - Bekas KP WHO
Pada fasa ini, kerjasama antarabangsa adalah satu-satunya cara untuk memerangi wabak masa depan.

Naza TTDI ganjar pangsapuri kepada empat atlet pemenang pingat emas Malaysia
Unit diterima tiga atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pelumba basikal trek negara Azizulhasni Awang.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Hikmah sejam bersabar, rider Grab Food OKU terima RM5,000
Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli Madlan menceritakan bagaimana salah sangka yang dialami menyebabkan dia rasa bersalah pada rider tersebut.

KKMM bakal tubuh Unit Komunikasi OKU - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) kini dalam proses menubuhkan Unit Komunikasi Orang Kurang Upaya (OKU).

Telesidang ketua delegasi Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 dirasmikan
Pihaknya mengambil berat cadangan daripada pelbagai negara dan kawasan yang terlibat untuk mengutamakan atlet dengan menawarkan medan pertandingan yang canggih serta perkhidmatan bermutu tinggi.

'The Tunku Azizah Handmade Market Online' bantu usahawan kraf pasar produk
Pada usia emas, seorang ibu tunggal terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi sesuap nasi kepada dua anaknya yang menghidapkan penyakit autisme.

Vaksin Pfizer-BioNTech mampu kurangkan risiko OKU dijangkiti COVID-19 - Pakar Pediatrik
Ketika ini, belum ada halangan bagi golongan OKU mendapatkan vaksin COVID-19 melainkan keimunan mereka terjejas.

Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut
Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan menyebabkan seorang tukang masak maut.

Bekas pesakit kanser digalak terima vaksin - Dr Hishamshah
Tiada masalah bagi bekas pesakit kanser dan orang kurang upaya (OKU) menerima suntikan vaksin COVID-19.

Buka lebih banyak taska OKU - Rina Harun
KPWKM menggalakkan NGO dan badan-badan swasta untuk membuka lebih banyak taska bagi kanak-kanak OKU di seluruh negara.

Dengar keluhan, tangani masalah pendapatan OKU - Ibrahim Abu Shah
Keluhan OKU yang meminta kerajaan mempertimbang bagi membenarkan perkhidmatan membabitkan golongan itu beroperasi semula dengan mematuhi SOP ketat haruslah didengar.

Kajian UNICEF, UNFPA bukan gambaran menyeluruh - Pakar
Beliau tidak menolak kaedah dan dapatan kajian berkenaan, namun percaya ia bukan gambaran yang mencerminkan keadaan keseluruhan rakyat Malaysia.