PEMINAT permainan video sudah pasti teruja dengan pengumuman Sony yang mengeluarkan konsol Sony Playstation Classic.

Konsol tersebut menyerupai rekabentuk asal peranti itu, Playstation atau PS1 yang dikeluarkan pada 1994.

Namun Playstation Classic bersaiz 45% lebih kecil daripada keluaran asal dan siap diisi dengan 20 permainan video yang menjadi pilihan ramai seperti Final Fantasy VII, Tekken 3, Wild Arms dan R4: Ridge Racer Type 4.

Berbeza dengan keluaran Nintendo, NES Classic, pengguna tidak boleh menambah permainan video yang lain pada konsol Playstation Classic.

Konsol tersebut mengunakan HDMI untuk menyambung kepada televisyen dan juga kabel USB, yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada konsol tersebut.

Playstation Classic akan mula dijual pada 3 Disember pada harga RM429 dengan kuantiti yang terhad.