awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Plaza stesen LRT Masjid Jamek ditutup sementara

Bernama
Bernama
16/04/2020
05:12 MYT
Plaza stesen LRT Masjid Jamek ditutup sementara
Menurut kenyataan tersebut, langkah itu diambil bagi membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan pergerakan orang awam yang tidak sepatutnya pergi ke kawasan terlibat.
Rapid Rail Sdn Bhd mengumumkan kesemua pintu keluar masuk Plaza Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek yang terletak bersebelahan OCBC Bank dan Bank Muamalat ditutup sementara mulai hari ini sehingga 28 April.
Prasarana Malaysia Berhad untuk Rapid Rail dalam kenyataan hari ini berkata penutupan sementara ini adalah berikutan perluasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Masjid India.
"Bagaimanapun, pintu keluar atau masuk Stesen LRT Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek masih dibuka dan perkhidmatan LRT akan beroperasi mengikut waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)".
"Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya atau Laluan Ampang/ Sri Petaling hanya boleh membuat penukaran tren sahaja di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek. Manakala bagi pengguna yang ingin ke atau dari arah Sentul Timur, mereka dinasihatkan untuk mengguna terowong sambungan di stesen tersebut bagi membuat penukaran serta untuk keluar atau masuk melalui bahagian stesen (bersebelahan Masjid Jamek) yang tidak ditutup", katanya
Menurut kenyataan tersebut, langkah itu diambil bagi membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan pergerakan orang awam yang tidak sepatutnya pergi ke kawasan terlibat.
Orang awam diingatkan agar sentiasa mematuhi PKP, menjaga jarak sosial yang telah ditetapkan serta merancang perjalanan berikutan penutupan sementara ini. Untuk maklumat, layari akaun media sosial Rapid KL atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#LRT
#Malaysia
#Masjid India
#media sosial
#MRT
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan