awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLKN perkenal modul baharu atasi pelatih obesiti

Bernama
Bernama
01/11/2012
08:26 MYT
PLKN perkenal modul baharu atasi pelatih obesiti
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memperkenalkan satu modul baharu bagi mengatasi obesiti serta memastikan pelatih mempunyai berat badan yang ideal.
Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata modul dikenali 'Gaya Hidup Sihat' akan diperkenalakan untuk Kumpulan 2 Siri 1/2013 yang bermula awal tahun depan.
Katanya modul itu dilaksanakan secara percubaan terhadap 1,000 pelatih Siri 8 dan 9/2012 mendapati 504 orang turun berat badan dan 487 lagi yang kurus bertambah berat badan.
"Kajian ini dilaksanakan oleh JLKN dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak atas arahan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja dan pemantauan Latihan Menembak PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Kem PLKN Seri Impian, Sungai Bakap, Seberang Perai di Lapang Sasar Batalion Dua Kem Pasukan Gerakan Am (PGA).
Katanya tempoh kajian adalah selama sepuluh minggu bermula minggu pertama pelatih melapor diri mengikuti latihan dan setiap sesi mengambil masa dua hingga tiga jam sehari.
Bagaimanapun program ini akan hanya dilaksanakan di beberapa kem PLKN terpilih manakala jurulatih terbabit telah mula menjalani latihan yang diperlukan, tambahnya.
Abdul hadi berkata program modul tersebut diharap dapat membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan rakyat menjalani gaya hidup sihat.
Mengenai latihan atau aktiviti dalam air, beliau berkata JLKN melarang sama sekali latihan dalam sungai namun aktiviti itu dibenarkan jika dijalankan di dalam kolam renang.
Topic Berkaitan
#JLKN
#obesiti
#pelatih
#plkn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan