awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS aktifkan lencongan di persimpangan bertingkat Juru (Arah Utara)

Bernama
Bernama
04/10/2022
04:00 MYT
PLUS aktifkan lencongan di persimpangan bertingkat Juru (Arah Utara)
Menurut PLUS, lencongan itu bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf dijalankan secara berperingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
GEORGE TOWN: PLUS Malaysia Bhd akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) kepada semua kenderaan mulai pukul 12 tengah malam, 6 Okt (Khamis) hingga 11 malam, 13 Nov (Ahad).
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan lencongan itu bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf dijalankan secara berperingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya di sepanjang rangkaian lebuh raya kendalian syarikat itu.
"Satu daripada inisiatif yang dijalankan adalah dengan menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan dengan lebuh raya kami beroperasi," menurut kenyataan itu.
Justeru, orang ramai yang melalui laluan berkenaan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS, serta dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik ketika melalui kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#Juru arah utara
#lencongan
#tebatan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan