PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti akhir tahun

PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas.
Ringkasan AI
- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) meramalkan peningkatan aliran trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya sempena cuti persekolahan akhir tahun dan Krismas.
- Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik pada 2 Jan 2026 bagi membantu aliran trafik semasa musim percutian.
- Pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan awal dan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA untuk kelancaran di jalan raya serta mendapatkan maklumat trafik melalui pelbagai platform yang disediakan PLUS.
"Dengan penambahbaikan terbaharu, jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA boleh diakses bukan sahaja pada musim-musim perayaan, malah pada hari-hari puncak terpilih," menurut kenyataan itu.
PLUS memaklumkan pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi interaksi bersama Pembantu Maya-PUTRI, mengikuti aplikasi X@plustrafik dan aplikasi X @lpt2trafik serta paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara," menurut kenyataan itu.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 yang beroperasi 24 jam sehari untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


