awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Krismas, cuti hujung tahun

Bernama
Bernama
17/12/2024
04:38 MYT
PLUS jangka lonjakan trafik 14 peratus sempena Krismas, cuti hujung tahun
Pengguna lebuh raya dinasihat supaya menggunakan aplikasi PLUS, Waze atau Google Maps untuk merancang dan mendapatkan status trafik semasa pada musim perayaan ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lonjakan trafik sebanyak 14 peratus, dengan jumlah kenderaan mencecah 2.12 juta sehari berbanding 1.85 juta pada hari biasa, sepanjang cuti perayaan Krismas dan hujung tahun dari 20 Dis ini hingga 2 Jan depan.
PLUS dalam satu kenyataan hari ini menyarankan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan lebih awal dengan memanfaatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses melalui aplikasi MyPLUS.
"Jadual perjalanan digital ini bertujuan memudahkan orang ramai merancang perjalanan, selain membantu mengagihkan trafik bagi perjalanan yang lebih lancar dan selesa.
"Langkah ini dapat mengelakkan kenderaan terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak dan kemungkinan terperangkap dalam kesesakan," menurut kenyataan itu.
Selain itu, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya–PUTRI, aplikasi X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) dan saluran stesen radio utama negara atau boleh menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan bantuan kecemasan.
"Kami juga menasihati (pengguna lebuh raya) supaya menggunakan aplikasi PLUS, Waze atau Google Maps untuk merancang dan mendapatkan status trafik semasa pada musim perayaan ini," menurut PLUS yang turut mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu kepada semua pengguna lebuh raya berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#lebuh raya sesak
#Krismas
#jadual perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan