awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar arah PTPTN bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik

Bernama
Bernama
17/03/2025
12:10 MYT
PM Anwar arah PTPTN bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Anwar berkata beliau meneliti isu kadar pembayaran balik PTPTN yang masih rendah dan menyedari kepentingan memastikan kelestarian dana itu, agar generasi akan datang terus mendapat manfaatnya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata beliau meneliti isu kadar pembayaran balik PTPTN yang masih rendah dan menyedari kepentingan memastikan kelestarian dana itu, agar generasi akan datang terus mendapat manfaatnya.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), untuk meneliti perkembangan sektor pendidikan tinggi negara.
"Antara isu utama dibincangkan ialah persiapan generasi masa depan dalam menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan tumpuan kepada industri semikonduktor yang kian berkembang pesat," katanya.
Perdana Menteri turut menghadiri Program Ihya Ramadan anjuran KPT dan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi serta warga kementerian berkenaan hari ini.
Beliau juga berkesempatan mendengar tazkirah Ramadan disampaikan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim bertajuk 'Maqasid al-Quran dan Masyarakat MADANI', serta solat Zohor berjemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#STEM
#PTPTN
#semikonduktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan