awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
28/03/2024
12:57 MYT
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Anwar memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua rakyat perlu mempunyai semangat untuk bekerja
‘’Kita kena ada semangat kerja,’’ jawabnya ringkas selepas ditanya wartawan mengenai kemungkinan cuti tambahan diberikan pada 12 April (Jumaat) depan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan selepas selesai berbuka puasa sempena Majlis Iftar Madani yang berlangsung di Putrajaya.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang sempena Hari Nuzul al-Quran.
Beliau yang hadir ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan berjumlah RM110,000 daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Selain itu, sejumlah 10,000 pek juadah berbuka puasa dan bubur lambuk turut diagih kepada orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.
Selepas berbuka puasa, Anwar menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dengan diimamkan Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria.
Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K.Sarawathy dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Anwar Ibrahim
#berbuka puasa
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan