awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Paracetamol/Tylenol selamat digunakan semasa kehamilan - Pakar
Mengapa Trump mahu Greenland dan apakah kesannya terhadap NATO?
Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar beri 'thumbs up' sambutan Hari Kebangsaan 2025

Bernama
Bernama
31/08/2025
03:45 MYT
PM Anwar beri 'thumbs up' sambutan Hari Kebangsaan 2025
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini. Turut hadir, Anwar. -- fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat thumbs up sebagai tanda penghargaan serta berpuas hati dengan kejayaan penganjuran Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah di Dataran Putrajaya hari ini.
Sejurus selepas keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Anwar meluangkan masa kira-kira lima minit bertemu dengan para peserta perbarisan dan orang ramai yang masih tidak berganjak walaupun acara sambutan telah berakhir.
Ketika berada di pentas human graphic, Perdana Menteri dilihat sempat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan kali ini termasuk 2,000 pelajar yang menjayakan persembahan grafik manusia itu.
"Saya bangga dengan anak-anak, pertunjukan terbaik dalam sejarah Malaysia, belajar rajin-rajin," kata beliau.
Sambutan bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025.
Perarakan dan persembahan tahun ini menyaksikan penglibatan 81 kontinjen dengan 14,062 peserta, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 116 ekor haiwan.
Sambutan tahun ini turut mencatat kehadiran lebih 100,000 orang yang membanjiri Dataran Putrajaya sejak malam tadi meraikan satu lagi detik bersejarah negara.
Sementara itu, Anwar menerusi hantaran Facebook berkata beliau amat tersentuh melihat pelbagai persembahan yang disajikan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2025.
"Bukan sahaja memukau, malah disemai dengan nilai-nilai perpaduan, kekitaan dan cinta tanah air disambut meriah oleh lautan rakyat yang membanjiri setiap ruang Dataran Putrajaya sejak awal pagi.
"Semoga semangat perpaduan ini terus dipelihara dan diperkuat demi masa depan Malaysia yang harmoni, sejahtera dan berdaya saing," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Malaysia hanya akan terus maju jika semua rakyat melangkah bersama-sama sebagai satu keluarga besar yang menghargai perbezaan dan meraikan persamaan.
Pada sambutan itu, Anwar yang hadir bersama dengan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hari Kebangsaan
#Dataran Putrajaya
#persembahan grafik manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan